Merancang Kalori Di Musim Raya ~ Tip Pilih Menu Sihat

Merancang Kalori Di Musim Raya.

Hari Raya yang akan datang bakal mengundang jemputan ke majlis rumah terbuka. Apa yang menjadi masalah ialah bagaimana cara kita merancang kalori di musim Raya kelak? Orang Malaysia meraikan Hari Raya selama sebulan. Pelbagai juadah akan dihidangkan untuk tetamu yang bertandang.

Antara juadah wajib yang akan dihidangkan di majlis rumah terbuka kebiasaannya ialah lemang, rendang ayam atau daging, ketupat nasi, ketupat palas, kuah kacang, serunding daging,nasi minyak, nasi briani, kuah lontong dan pelbagai jenis manisan sebagai pencuci mulut. Ada juga majlis rumah terbuka yang menghidangkan menu berasaskan mi seperti mi kari, laksa, laksa Johor dan juga mi sup.

Bagaimana Cara Merancang Kalori Di Musim Raya Kelak!.

Mula-mula, kita perlu mengenal pasti juadah-juadah yang dikelaskan sebagai berkalori tinggi atau rendah. Bagi memudahkan membuat pengelasan juadah tersebut, kita perlu tahu serba sedikit resepi asas juadah tersebut. Juadah yang disediakan menggunakan bahan asas utama daripada santan, minyak, mentega,krim, susu pekat manis dan gula kebiasaanya dikelaskan sebagai juadah berkalori tinggi.

Begitu juga dengan juadah yang mana cara penyediaannya digoreng menggunakan kaedah ‘deep fry’. Selain itu, pencuci mulut seperti dodol,biskut raya, kek cawan, puding, kui muih traditional yang banyak menggunakan bahan asas jenis lemak dan gula juga dikelaskan sebagai juadah berkalori tinggi.

Alamak! Semua Juadah Sangat Sedap. Hurmmmm….

Sebagai contoh satu hidangan rendang daging seberat 30 gram (saiz sebesar kotak mancis) mempunyai 126 kalori. Kandungan kolesterol pula dianggarkan sekitar 35-45 mg. Namun ia bergantung kepada jenis rendang sama ada ayam atau daging dan juga bahagian mana yang digunakan. Jika bahan asas rendang ialah hati lembu, kandungan kolesterol bagi satu hidangan seberat 35 gram ialah 168 mg. Manakala hati ayam pula mempunyai 200 mg kolesterol.

Satu hidangan nasi minyak seberat 245 gram (satu pinggan penuh) dianggarkan mempunyai 437 kalori. Kalori dan kandungan lemak akan bertambah jika lebih banyak minyak sapi dan susu cair digunakan semasa penyediaan nasi minyak tersebut.

merancang kalori di hari raya

Setiap satu teh minyak sapi akan menyumbangkan 45 kalori yang terdiri daripada lemak. Bagi susu cair pula, setiap 2/3 cawan mempunyai 155 kalori yang mana 51 peratus terdiri daripada lemak. Ini berbeza dengan nasi putihdengan berat yang sama hanya menyumbangkan kira-kira 300 kalori dan hanya sedikit sahaja lemak.

Anggaran kalori di dalam 1 kg serunding daging pula ialah 1,756 kcal. Walau bagaimanapun jumlah kalori akan bertambah jika lebih banyak santan,minyak dan gula digunakkan semasa penyediaanya serta pemilihan bahagian daging sama ada yang berlemak atau tidak.

Lemang 4,000 Kalori.

Mengikut kebanyakkan resepi, 500 gram beras pulut dan 175 ml santan pekat diperlukan bagi menghasilkan sebatang lemang bersaiz sederhana. Anggaran jumlah tenaga di dalam sebatang lemang ialah 3,778 kalori yang mana 52 peratus daripadanya disumbangkan oleh santan kelapa.

merancang kalori di musim raya

Berdasarkan Panduan Dietari Malaysia 2010, berikut adalah saranan jumlah tenaga yang perlu diambil untuk setiap golongan.

  1. 1,500 kalori sehari – Wanita yang tidak aktif dan warga tua.
  2. 2,000 kalori sehari – Kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana aktif,lelaki yang tidak aktif.
  3. 2,500 kalori sehari – Remaja lelaki, lelaki yang aktif,wanita yang sangat aktif, lelaki serta wanita yang kurang berat badan                                         (BMI<18.5)

Pemilihan menu adalah amat penting dan mestilah menitikberatkan faktor-faktor kesihatan. Kita perlu mengawal pengambilan makanan berkalori tinggi iaitu hanya mengambilnya pada kuantiti yang sedikit dan terhad  sahaja. Pastikan kita bijak merancang kalori di musim raya kelak

Juadah yang kuahnya berasaskan santan seperti lontong dan laksa johor perlu dihadkan pengambilan kuahnya. Pilihlah menu yang berkalori rendah untuk dijamah semasa menhadiri rumah terbuka.

Tip Pilih Juadah Raya Sihat!

Di antara juadah sihat yang boleh dipilih ialah laksa, mihun sup dan soto ayam atau nasi putih dengan lauk pauk yang sihat seperti ikan asam pedas, ikan stim, ayam tandoori,sup ayam, ayam bakar, sup sayur-sayuran serta ulam-ulaman.

merancang kalori di musim raya

Juadah sampingan lain sihat pula adalah aneka sandwich yang menggunakan roti mil penuh, roti jala menggunakan tepung mil penuh serta kuah kari tanpa santan,popia basah dan apam kukus tanpa inti.

Pilihlah buah-buahan yang kaya dengan sumber vitamin dan mineral sebagai pencuci mulut bagi menggantikan kek atau manisan lain. Selain itu, bawalah bersama air mineral sebagai minuman bagi mengelakkan daripada minuman manis atau soda berkarbonat yang biasanya disediakan untuk tetamu.

merancang kalori di musim raya

Selamat Hari Raya Dari Team Anashana!

Terima Kasih atas sokongan anda semua untuk blog ini! Teruskan membaca…

Vitamin Asas Di Musim Raya

 

 

 

 

 

Comments

comments