Jika anda sedang mengalami pendarahan semasa kehamilan, 10 perkara berikut perlu diperhatikan.

1. ASPIRIN

Ia mungkin boleh melegakan kesihatan ibu tetapi bukan untuk janin. Aspirin akan menyusutkan jumlah cecair amonia. Kesannya aliran darah di dalam otak bayi akan berkurangan.

2. LITIUM

Ubat ini bertujuan untuk merawat masaalah mood yang tidak menentu. Namun ia berpotensi menjejaskan perkembangan jantung bayi. Tidakkah ini membahayakan?

3. VITAMIN A

Vitamin ini bagus namun pengambilan yang melebihi 8000 IU sehari akan meninggikan isiko bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital.

4. TETRASAIKLIN

Ia adalah sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan faraj dan ubat jerawat. Jika ibu mengambilnya pada trimester kedua dan ketiga, ia bakal menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

5. UBAT PENAHAN SAKIT

Kebanyakan doktor melarang keras ibu mengambil ubat tahan sakit ketika hamil. Ia boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi. Cubalah rawat kesakitan ini dengan cara semulajadi daripada mengambil ubat-ubatan seperti ini.

6. ALKOHOL

Alkohol adalah haram bagi umat Islam. Sedarkah anda,alkohol akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar?

7. ROKOK

Kalau anda merokok sebelum hamil, berhentilah waktu ini. Rokok akan menggangu pengaliran oksigen kepada janin. Sebagai kesannya, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik sahaja dia dilahirkan.

8. HENTIKAN KEGIATAN LASAK

Ibu hamil perlu peka terhadap keselamatan janin yang sedang dikandung. Elakkan sebarang aktiviti lasak yang memerlukan anda berlari,melompat, bergolek atau berbaring dalam kadar yang pantas. Berdiri terlalu lama juga tidak berapa bagus untuk ibu hamil.

9. MINUMAN TERTENTU

Air putih adalah yang paling bagus untuk ibu hamil. Waktu ini kurangkan pengambilan minuman berkarbonat, tinggi kandungan gula dan berkafein kerana dikhuatiri bahan yang ada boleh mengancam nyawa bayi di dalam kandungan.

10. MAKANAN

Sila peka terhadap sebarang makanan yang anda teringin ambil. Elakkan makanan yang dipanaskan semula kerana dikhuatiri ia telah dicemari bakteria. Kurangkan juga mengambilan makanan di dalam tin kerana ia mengandungi kandungan gula,garam,bahan perisa, lemak dan pengawet.






Comments

comments