7 Senaman Mudah.

JIKA disebut tentang bersenam, ramai yang terus terfikir tentunya perlu pergi gim, mesti ada jurulatih kecergasan, dan juga mesti ada ruang yang luas untuk melakukan senaman. Kini, tidak perlu lagi memberi pelbagai alasan. Kita mulakan dengan 7 senaman mudah ini dirumah atau di persekitaran rumah kita.

7 Senaman Mudah ~ Buat Dalam Rumah Jer.

Lompat Bintang / Star Jumps

7 senaman mudah

Ini adalah di antara aktiviti riadah yang paling seronok untuk dilakukan. Lagipun siapa yang tak pernah cuba lompat bintang kan? Lompat bintang adalah salah satu senaman kardio yang hebat, juga boleh dijadikan warm up juga.

Tekan Tubi / Push Up

7 senaman mudah

Walaupun kita nampak susah dan menyakitkan, tetapi tekan tubi ini boleh dilakukan dengan cara mudah. Tidak perlu menjadi seperti atlet untuk melakukan tekan tubi dengan cara keras. Lakukan mengikut kesesuaian kita sendiri.

Aktiviti ini sesuai untuk meningkatkan kekuatan tangan, perut dan juga untuk menguatkan bahagian sekitar dada.

Apungan Kaki / Leg Lifts

7 senaman mudah

Aktiviti ini bertujuan untuk menguatkan kaki. Jika rasa susah untuk apungkan kaki, bengkokkan kaki sedikit.

 

Squats

Squats sangat berkesan untuk kaki dan juga punggung. Ia juga boleh dilakukan dengan memegang pada hujung kerusi dan buat beberapa kali secara ulangan.

 

Joging Setempat

Lakukan aktiviti ini untuk menjaga kecergasan jantung. Kita boleh melakukan joging setempat ini semasa menonton televisyen ataupun sambil mendengar muzik.

Alatan yang diperlukan hanyalah sepasang kasut untuk mengelakkan tekanan pada kaki.

 

Angkat Berat

Guna apa-apa sahaja yang ada di rumah untuk dijadikan dumbbell. Mulakan dengan mengangkat barab-barang yang ringan seperti botol air sebelum pergi kepada barang yang lebih berat.

Sambil mengangkat dumbbell, kita boleh berjalan setempat, naik turun tangga yang boleh menguatkan otot kaki. Jika rasa kurang seronok, pasangkan muzik untuk hiburan kita.

 

Berjalan

Berjalan ialah aktiviti atau senaman riadah yang paling mudah untuk dilakukan. Jika cuaca elok, berjalanlah di sekitar rumah sambil lihat permandangan sekeliling. Sangat menyeronokkan!

Tetapi jika cuaca tidak mengizinkan, cuba berjalan kaki naik turun tangga beberapa kali. Ini boleh menguatkan kaki dan lutut.

Jika tiada tangga? Berjalan sahaja keliling rumah. Walaupun kurang seronok, tetapi ia masih berkesan dan memberi impak kepada kesihatan kita.

Apakah Akibat Jika Tidak Bersenam?

2 Minggu Tidak Bersenam

  • Kekuatan otot menjadi berkurangan
  • Kekuatan jantung untuk mengepam darah sedikit menurun

2 Bulan Tidak Bersenam

  • Otot sukar dilentur sehinggakan boleh mengakibatkan kecederaan.
  • Kekuatan jantung untuk mengepam darah akan menurun.

2 Tahun Tidak Bersenam

  • Terdapat pengumpulan lemak di dalam badan
  • Kekuatan jantung untuk mengepam darah berkurangan sebanyak 50%
  • Kekuatan otot menurun. Sakit sendi akan mula meyerang .

 

Tunggu Kejap! 

Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?

Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!

bagaimana cara daftar ahli shaklee

Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)

Mengapa mesti memilih Shaklee
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik

 

Comments

comments