8 Cara Untuk Kelihatan Cantik Dan Lebih Muda

Semua orang ingin kelihatan lebih muda. Sesetengahnya beralih kepada rawatan yang mengasari kulit dan prosedur pembedahan menyakitkan, tetapi itu bukanlah satu-satunya cara yang ada. Kekal muda (dan kelihatan muda) dengan pemadam penuaan yang  menakjubkan, ringkas dan mudah diikuti!

Anjal dengan Kolagen

Kolagen dijumpai dengan banyak di bawah kulit anda, memberikan struktur dan mengekalkan keanjalan. Tanpa blok bangunan ini untuk kulit, krim anti-penuaan anda akan menjadi tidak berkesan. Peningkatan pengambilan kolagen sangat disyorkan kerana ia meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan. Pengeluarannya meningkat dengan penambahan Vitamin C kerana ia membantu menyambungkan kolagen bersama, meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit.

Kenapa Perlu Ambil Kolagen Hari Ini? (klik)

Suplemen dengan Vitamin C

Vitamin C meningkatkan keupayaan kulit untuk memperbaiki dirinya sendiri, menghasilkan kulit yang kurang kedutan, dan melembutkan kulit yang kering serta kasar. Ia juga bertindak sebagai antioksida, meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia juga merupakan komponen yang diperlukan dalam penghasilan kolagen di mana ia membantu menyokong kulit yang tegang, lembut, berseri dan sihat.

Sahabat Baik Kulit (klik)

Guna Set Penjagaan Kulit Yang Betul

Bina kulit yang sempurna dengan penjagaan kulit yang betul. Cari produk yang mengandungi bahan semula jadi, selamat dan terbukti untuk mengekalkan keserian dan merawat tanda-tanda penuaan supaya anda kelihatan muda setiap hari. Berhati-hati dengan bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang dipersoalkan yang boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan dan keradangan. Amalkan rutin harian penjagaan kulit kerana ianya penting untuk kesihatan kulit yang optimum.

Penjagaan Kulit YOUTH™ Kekal Muda,Jelita (klik)

Berikan Diri Anda Urutan Wajah

 

Urutan wajah digelar sebagai alternatif bukan invasif untuk Botox dan pembedahan. Ia membantu untuk meningkatkan peredaran pada tisu wajah anda, menghasilkan kulit yang sihat bersinar. Ia juga membantu merangsang pengeluaran kolagen dan elastin untuk kulit yang licin, lebih lembut selain menaik dan menguatkan kulit, mengurangkan penampilan sembap dan kedut.

Saya Suka Bersenam

Bersenam tiga kali atau lebih dalam seminggu membantu mengelakkan kehilangan otot dan menggalakkan tidur yang lebih baik. Suai padan rejim senaman anda dengan menggabungkan senaman kardiovaskular untuk jantung dan paru-paru, latihan rintangan untuk otot, regangan untuk fleksibiliti dan senaman koordinasi untuk keseluruhan kesihatan fizikal.

Minum Air Yang Mencukupi

cara untuk kelihatan cantik dan lebih muda

 

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari kerana dehidrasi menyebabkan lebih banyak masalah kulit selain daripada kelihatan kering dan rasa tegang. Apabila kulit dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak minyak untuk menampung air yang hilang, menyebabkan jerawat, iritasi dan tompok kering. Oleh itu, minumlah dan lembapkan kulit anda supaya ia kelihatan bermaya, mengurangkan kedutan dan liang liang pori mengecil.

Perlu Makan Makanan Asid Lemak

Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat

Makanan yang kaya dengan asid lemak penting (asid lemak omega-3 dan omega-6) bermanfaat untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda, memperbaiki penampilan kulit yang kelihatan berusia dan letih. Makanlah untuk kulit yang kelihatan lebih muda dengan menambahkan salmon atau ikan berminyak lain, sayuran berdaun, biji benih, kekacang dan bijirin ke dalam diet anda. Tahukah anda bahawa asid lemak digunakan dalam penjagaan kulit? Bahan-bahan seperti ceramida, minyak zaitun dan minyak jojoba mengandungi asid lemak yang memberikan lembapan dan khasiat kepada kulit.

Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi (klik)

Hidup Hebat!

Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang membuat anda gembira kerana orang gembira pasti kelihatan lebih muda untuk masa yang lebih lama. Bawa kegembiraan dan kebahagiaan ke dalam hidup anda dengan melakukan perkara-perkara ringkas
seperti membeli sarapan untuk rakan sekerja anda, pendengar untuk kawan-kawan atau menari dengan lagu kegemaran anda. Juga, jangan lupa untuk sentiasa senyum kerana apabila anda tersenyum, seluruh dunia akan tersenyum dengan anda.

Comments

comments