Apa Itu Detoks? ~ Kepentingan Detoks Tubuh.
Seringkali kita dengar perbincangan tentangnya,atau terbaca di dada akhbar rencana mengenainya, tetapi apakah maksud sebenar di sebalik perkataan ‘apa itu detoks’ ini? Bayangkan detoksifikasi sebagai pembersihan tubuh agar kita tampak dan rasa lebih hebat. APABILA KITA MENDETOKS, KITA SEBENARNYA MEMBUANG RACUN DAN KESEMUA YANG TIDAK BAIK DARIPADA SISTEM TUBUH BADAN KITA!
Toksin ini terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, bersenam, makan dan minum malah ia terkumpullebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan tubuh badan manusia.
KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN
Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita. Ia datang secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan. Lihat saja pada udara yang kita hirup, air yang kita teguk, peralatan dan perkakas yang kita sering gunakan, juga tempat yang kita selalu berada.
Kita akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat. Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.
Lima Saluran Utama Toksin Yang Perlu Diberi Perhatian
#1 TUBUH BADAN ANDA
Setiap hari, tubuh kita juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.
#2 PEMAKANAN
Makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita. Ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.
#3 UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.
#4 AIR
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.
#5 GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.
TUBUH BADAN KITA MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA
Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh kita akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh kita boleh mendetoks dengan sendirinya. Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh kita, atau menyahtoksin bagi memastikan kita kekal sihat. Malahan kulit juga menghasilkan toksin melalui peluh.
PARU-PARU
Membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah kita.
SISTEM LIMPA
Beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksin yang lain dari tubuh kita. Malah kulit kita juga akan menyahtoksin melalui kelenjar peluh.
BUAH PINGGANG
Membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.
SISTEM PENGHADAMAN
Meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin kita tidak sedar,
Manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh kita setiap kali kita melakukan proses pembuangan.
DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS.
Sekiranya tubuh kita berupaya membersihkan dirinya sendiri, mengapa kita perlu detoks?
Apa yang perlu kita tahu ialah dengan adanya sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh kita akan menjadi lebih kuat. Ia juga membantu mendapatkan semula tenaga dan kecergasan.
Melalui detoks, ia dapat memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan kita agar tampak lebih baik, sihat dan segar!
Kita boleh Ibaratkan diri ini seperti kereta. Sebuah kereta memerlukan minyak untuk kekal bergerak. Namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan.Bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya.
Tanpa bantuan tambahan, badan kita mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan kita akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh.
Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini!
Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?
Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!
Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)
Mengapa mesti memilih Shaklee
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik
===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang
Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.
EMAIL : anashana155@gmail.com
P/S: Sedangkan orang yang sihat pun mempunyai toksin yang perlu disingkirkan daripada tubuhnya.
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.