Apa Itu Kanser Serviks?
Kanser serviks adalah kanser ke-2 tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang tumbuh dipangkal rahim atau serviks.
Kanser serviks merupakan kanser yang paling mudah dicegah jika dikesan awal. Hampir 99.7 peratus daripada kes kanser serviks terjadi berpunca daripada virus Human Papillomavirus (HPV) yang selalunya menjangkiti seseorang melalui hubungan seks. Terdapat pelbagai jenis virus HPV tetapi bukan semuanya boleh menyebabkan kanser.
Menurut Dr Ernie Haryantie Shaharudin, Pakar Sakit Puan, Klinik Keluarga & Pakar Wanita Asyfa,
“Sebenarnya, jangkitan HPV kepada orang dewasa adalah perkara yang biasa. Jangkitan ini selalunya akan hilang dengan sendiri. Tetapi ada kala nuga jangkitan ini akan menyebabkan ketuat kelamin serta kanser serviks. Selalunya, mereka yang mendapat kanser serviks ini dijangkiti HPV melalui pasangan atau suami yang ada atau pernah ada pasangan yang dijangkiti HPV atau individu yang mengamalkan seks bebas”
Faktor-Faktor Yang Boleh Menyumbangkan Kepada Kanser Serviks
Antara faktor-faktor risiko yang boleh menyumbangkan kepada kanser serviks secara amnya termasuklah
- merokok,
- mempunyai berbilang pasangan,
- memulakan hubungan seks pada usia yang tinggi,
- wanita yang telah melahirkan anak yang ramai.
Simptom Kanser Serviks Rahim
- Discaj atau lelehan cecair yang banyak keluar dan berbau dari faraj
- Pendarahan yang tidak normal. pendarahan di antara haid atau pendarahan selepas hubungan kelamin.
- Rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
- Keluar darah setelah menopaus.
- Sakit di sekitar kawasan pelvis.
Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan
- Dapatkan suntikan vaksin HPV. Ia melindungi wanita daripada dijangkiti HPV yang sering menyebabkan kanser serviks, faraj dan vulva.
- Lakukan ujian saringan seperti pap smear secara berkala bagi mengesan perubahan pada pangkal rahim serta mengesan sel-sel serviks yang tidak normal.
- Jangan merokok kerana merokok berkait rapat dengan risiko kanser serviks.
- Amalkan seks yang selamat.
Tanamkan Kesedaran
Tanamkan kesedaran dalam diri setiap individu tentang pentingnya menjalani ujian saringan kesihatan. Sama seperti kanser yang lain, tidak banyak simptom yang ditunjukan oleh penghidap kanser serviks sehinggalah ia tiba di peringkat yang membimbangkan.
Virus HPV bukan sahaja boleh menjadi punca kepada penyakit kanser serviks tetapi juga penyakit lain seperti kanser vagina, kanser anus serta penyakit ketuat kelamin.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Hanya dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, dapat membantu merendahkan risiko untuk terkena penyakit berbahaya begini.
Lakukan pap smear paling kurang sekali dalam tiga tahun. Doktor boleh mengesan jika terdapat apa-apa perubahan di pangkal rahim. Jika ada masalah ia masih boleh dirawat kerana masih diperingkat awal.
Set Kesihatan Untuk Wanita
Untuk wanita di setiap peringkat umur.
Untuk memenuhi keperluan nutrisi anda dan menjadikan anda kekal sihat dan aktif di usia emas. Menyediakan tenaga yang berterusan, menyokong kesihatan yang baik dan mengekalkan tulang yang sihat.
Sustained Release Vita-C PlusTM – Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.
OmegaGuardTM – Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.
Vita-Lea® Iron Formula – Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.
B-Complex – Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.
OsteMatrix® – Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
GLA Complex – Diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan.
Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.
Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.
Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online
Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?
Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!
Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)
Mengapa mesti memilih Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
===========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang.
COD UPM Serdang (Waktu: 10 pagi – 2 petang)
Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.
EMAIL : anashana155@gmail.com
P/S: Mencegah lebih baik daripada mengubati. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat merendahkan risiko untuk terkena penyakit berbahaya.
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.