Apa Itu Piloxing?

” Jom ikut Kak Su! Akak tunggu depan KFC pukul 8.30 pagi.” Kak Su mengajak aku pergi kelas piloxing. Tergaru-garu kepala yang tak gatal ni sambil tertanya-tanya. Apa itu Piloxing ? Dah alang-alang nak tahu apa itu piloxing, apa lagi join la kelas tu. 

apa itu piloxing

 

Viveca Jensen, jurulatih fitness dari Sweden telah mengabungkan Piloxing dengan 3 program fitness iaitu standing pilates, rutin tinju (boxing) dan menari (dance). Ia bertujuan untuk membantu mewujudkan keseimbangan fizikal dan mental.

Piloxing memberikan variasi dalam program kecergasan iaitu gabungan antara aerobik dan weight training. Kuncinya terdapat di dalam sarung tangan khusus yang diberikan. Piloxing membantu membakar kalori tanpa terasa. Koreografi dance yang tidak membosankan juga membuatkan kita bersenang-senang sambil bersenam.

Apakah Manfaat Piloxing?

  • Memaksimumkan pembakaran kalori dan lemak dari dua latihan kardiovaskular.
  • Meningkatkan stamina tubuh dan mengubah lemak menjadi otot.
  • Alami kuasa dan ketangkasan tinju tanpa risiko hidung patah!
  • Bersenam sambil menari dalam koreogarfi yang kreatif dapat membantu kita melegakan tekanan dari rutin yang membosankan.
  • Tidak ada perasaan terpaksa atau terseksa ketika Piloxing.

 

Fuh! Memang penat sangat wehhh. Berpeluh sakan. Bagi yang dah lama tak melakukan aktiviti kecergasan, akan terasa sakit di bahu dan peha. Ini kerana banyak pergerakan piloxing memfokuskan pada bahagian lengan dan peha. Selain itu aktiviti ini dapat membakar lemak secara efisen melalui teknik dan pergerakan.

Tidak kira apa sahaja pilihan senaman kita. Ia terpulang kepada tahap kecergasan dan kemampuan diri kita. Apa yang penting kita mesti gembira dan enjoy ketika melakukan senaman tersebut. Barulah mendapat hasil yang diinginkan.

#credit Nonacute Fitness. Tempat saya berPiloxing!

 

 

 

 

Comments

comments