Apa yang perlu kita buat jika anak kecil tersedak susu atau tercekik yang serius? Usah pandang ringan jika anak kita tersedak setiap kali minum susu atau makan makanan kegemarannya.

 

BANYAK kematian melibatkan bayi tersedak susu dilaporkan di negara kita. Ini membuktikan masalah anak tersedak dan tercekik makanan tidak boleh dipandang ringan. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil
jika berlaku masalah demikian?

1 . HALAKAN KEPALA KE BAWAH

tersedak hala kepala ke bawah

Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, sebaiknya  kita menepuk di belakang badan dengan menggunakan tapak tangan sebanyak lima kali sehingga bayi mengeluarkan sendawa. Dengan menggunakan lengan dan peha, posisi kepala dan muka bayi menghala ke bawah dan tepuklah sebanyak lima kali.

tersedak hala kepala ke bawah

2 . ELAK KELUARKAN OBJEK

Jika anak-anak tersedak atau tercekik, TETAPI masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasannya masih ada. Ketika ini JANGAN cuba keluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih ke dalam lagi.

Apa yang perlu kita lakukan ialah menyuruh anak kecil tersebut batuk dengan sendirinya sehingga dia benar-benar pulih. Biarkan dia bernafas seperti biasa.

3 . MENEKAN PERUT

tersedak perutJika anak-anak itu masih dalam keadaan sedar TETAPI tidak boleh bernafas atau bercakap atau mukanya sudah mula menjadi biru, apa yang perlukan kita lakukan ialah menggunakan teknik menekan perut.

Teknik ini harus dilakukan dengan tepat. Tidak salah sebagai seorang ibu mempelajari teknik ini supaya mampu menyelamatkan anak kecil kita.

4 . MINTA BANTUAN KECEMASAN

Namun, jika anak kita sudah tidak boleh bernafas, ada baiknya segera meminta bantuan kecemasan. Pastikan kita menyimpan nombor kecemasan seperti nombor hospital atau ahli keluarga dan jiran yang dirasakan mampu membantu kita.

tersedak cpr

Sementara menunggu bantuan kecemasan tiba, kaedah paling tepat adalah melakukan kaedah CPR kepada anak kecil kita.

Comments

comments