Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat.

Asid lemak Omega 3 lemak sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan kita!

KESIHATAN JANTUNG

Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat

Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.
EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut – yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
• Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.
• Meningkatkan pengaliran darah.
• Mengekalkan degupan jantung yang sihat.

FUNGSI OTAK

Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:
• Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
• Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
• Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia atau nyanyuk.

KESIHATAN SENDI

Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat

EPA & DHA befungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan
menyebabkan sakit sendi. Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
• Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
• Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
• Mengurangkan keradangan -menyekat keradangan dan kemusnahan sendi – yang kerap berlaku dalam artritis.7,8
• Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.

KEHAMILAN

Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat

Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu. Selepas bayi dilahirkan, Omega-3 menyokong:
• Perkembangan otak dan fungsi imun.
• Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.
• Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin.
• DHA adalah komponen utama retina – penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.10
• DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.10
• Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.11
• Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.

Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
Oleh itu, pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan.

Ada 6 Sebab Kenapa Perlu Memilih Minyak Ikan Shaklee Omega Guard.

Comments

comments