Apa Itu Polifenol?
Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berperanan memberi mereka warna sambil melindungi dari penyakit. Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas.
Tahukah Anda?
Polifenol paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry. Jumlahnya tinggi di dalam biji dan kulit buah. Ia secara semulajadi dijumpai dalam tumbuhan termasuk kulit anggur merah dan tumbuhan Asia dipanggil polygonum cuspidatum.
Bagaimana Polifenol Memberi Kesan yang Hebat?
1. Polifenol membantu kekalkan tahap glukosa darah yang sihat.
Tahap glukosa darah bergantung pada jenis dan jumlah makanan yang anda makan, serta berapa efektif badan anda menghasilkan dan menggunakan insulin yang mengangkut glukosa ke dalam sel anda. Semakin sihat tahap glukosa anda, semakin rendah risiko anda mengalami penyakit metabolik seperti kencing manis.
Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyaipotensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:
- Mengawal atur penyerapan glukosa
- Meningkatkan kepakaan insulin
- Merangsang rembesan insulin
- Meningkatkan proses penguraian glukosa
2. Polifenol membantu meningkatan kesihatan dan seri kulit.
Memiliki kulit yang lembut, anjal, segar dan berseri adalah impian setiap wanita. Anda boleh milikinya dengan polifenol!
Polifenol salah satu nutrien penting bagi kulit untuk menyokong pengeluaran kolagen untuk menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur. Ia juga menggalakkan pembentukan tisu yang sihat supaya anda dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela.
Tahukah Anda?
Kulit kita boleh menghasilkan kulit baru dengan menyingkirkan sel kulit mati setiap hari. Ia akan mewujudkan lapisan baru kulit setiap 28 hari.
Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan:
- Melindungi kulit dari kerosakan UV.
- Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedut.
- Menyokong pengeluaran kolagen yang sihat.
- Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda.
3. Polifenol membantu kesejahteraan fungsi jantung yang sihat.
Sebagai organ yang paling rajin di dalam badan kita, jantung sepatutnya mendapat yang terbaik. Polifenol bermanfaat dalam mengekalkan fungsi jantung yang sihat seperti meningkatkan aliran darah, kesejahteraan kesihatan jantung serta mengekalkan fungsi saluran darah.
Tahukah Anda?
Jantung kita secara purata berdegup 80 kali setiap minit, 4,800 kali sejam dan 115,200 kali sehari serta 42,048,000 setahun!
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu dalam;
- Mengurangkan keradangan dalam saluran darah
- Menggalakkan lapisan salur darah yang sihat
- Mempromosikan fungsi jantung yang sihat
- Menggalakkan tekanan darah yang lancar
- Mengekalkan tahap pengumpulan platelet yang stabil.