Bagaimana Senaman Yang Berkesan?
BANYAK persoalan seperti “aku dah bersenam, tapi tak kurus juga”, “aku dah bersenam, tapi sakit juga” bermain di fikiran masyarakat kita. Sekaligus menjadikannya sebagai alasan untuk tidak melakukan aktiviti senaman secara rutin. Bagaimana senaman yang berkesan?
Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015, menunjukkan bahawa hanya 25.4 peratus daripada rakyat Malaysia aktif, manakala selebihnya adalah aktif secara minimum iaitu 41.1 peratus dan 33.5 peratus tidak aktif. Gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak aktif menyumbang kepada statistik rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan obesiti kepada 64 peratus dengan masing-masing menyumbang 33.4 dan 30.6 peratus.
Terdapat banyak perkara yang menyumbang cara gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak aktif termasuk amalan pemakanan yang tidak seimbang, amalan gaya yang tidak sihat seperti merokok atau terdedah kepada asap rokok dan juga senaman yang tidak berkesan.
Kenapa Senaman Tidak Berkesan?
Antara penyebab senaman tidak berkesan kerana kekurangan pengetahuan tentang senaman yang betul dan berkesan. Paling ketara rakyat Malaysia keliru dengan aktiviti fizikal dan senaman. Mereka gagal melihat keperluan senaman kerana menyangka aktiviti fizikal dan senaman adalah benda yang sama.
Menurut Malaysian Dietry Guideline 2010, maksud;
Aktiviti Fizikal: Sebarang pergerakan anggota tubuh badan yang boleh meningkatkan penggunaan tenaga lebih daripada semasa kita sedang berehat atau tidur. Contohnya makan, berjalan,pakai baju,berkebun,menaip dan menulis.
Senaman: Aktiviti fizikal yang terancang dan bersistematik, dilakukan berulang-ulang untuk meningkatkan tahap kecergasan. Contohnya bermain badminton, berlari, berbasikal, latihan bebanan dan latihan regangan.
Berapa Kerap Perlu Bersenam?
Menurut Malaysian Dietry Guideline 2010, setiap orang harus memaksimumkan aktiviti fizikal mereka dengan cara seperti banyakkan berjalan,menggunakan tangga dan kurangkan masa duduk.
Manakala untuk senaman, American College of Sports Medicine menyarankan agar senaman dilakukan paling kurang sebanyak 5 kali seminggu,30 minit setiap sesi dengan intensiti sederhana. Apa itu intensiti? Intensiti (intensity) merupakan kualiti sesuatu senaman. Intensiti perlulah dikekalkan sepanjang senaman berlangsung untuk mendapat kesan yang optimum.
Cara Menjaga Kesihatan ~ Senam 10 Minit (KLIK)
Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.
Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online
JOM JADI AGEN SHAKLEE!