Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersenam?

posted in: Senaman Yang Berkesan | 0

Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersenam?

SENAMAN pada awal pagi lebih berkesan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana kita belum makan dan menggunakan lemak yang tersimpan sebagai sumber tenaga. Selain itu, dengan bersenam dapat membantu meningkatkan motivasi diri, bertenaga dan peka serta pantas bergerak.

bilakah masa terbaik untuk bersenam

Waktu petang atau malam lebih sesuai untuk latihan kekuatan kerana mendapat tenaga daripada makanan yang diambil. Sebab itulah ramai yang berkunjung ke gim pada waktu malam. Lagipun hormon testosteron lebih responsif pada masa tersebut.

Jangan takut untuk berpeluh, manfaatnya banyak!

Antara manfaat berpeluh ialah;

  • Meningkatkan rasa bahagia
  • Membantu penyembuhan luka
  • Membantu menentang bakteria
  • Membantu meningkatkan prestasi ginjal, sekaligus dapat mengurangkan risiko pembentukan batu karang sehingga 30 peratus.

bilakah masa sesuai untuk bersenam

Ancaman Strok Haba (Klik)

Pantai tempat terbaik bakar lemak!

Penyelidik dari Itali mendapati berlari di pantai merupakan senaman terbaik dalam hal pembakaran lemak. Kajian yang dilakukan oleh mereka menunjukkan individu yang berlari di pantai berpasir akan mengeluarkan tenaga yang lebih. Hal ini lebih terdorong untuk membakar lebih banyak kalori.

bilakah masa terbaik untuk bersenam

Ketika berlari, kaki akan dimasuki pasir dan ini membuatkan otot-otot kaki bekerja lebih keras. Oleh itu, jangan duduk sahaja jika berada di pantai. Manfaatkan kesempatan ini untuk membakar lebih banyak lemak.

Tahukah Anda?

Dengan hanya 30 kali lompatan dengan tali, ia sudah cukup untuk membantu anda memperbaiki tahap kecergasan dan kekuatan tulang!

Malah anda juga boleh lompat begitu sahaja tanpa tali. Ini kerana ketika melompat, tubuh akan naik dan turun sekaligus memberi kesan yang akan merangsang kekuatan tulang. TETAPI, pastikan regangan telah dilakukan terlebih dahulu sebelum lompat.

Berita Baik Untuk Pesakit Strok!

Syor terbaru yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Amerika Syarikat menyatakan mangsa strok perlu bersenam untuk meningkatkan pemulihan mental dan fizikal mereka. Kebanyakkan pesakit strok dikatakan tidak aktif dan seterusnya mengalami penurunan fizikal yang ketara.

bilakah masa terbaik untuk bersenam

Apabila terjadi demikian, pesakit strok tersebut akan mengurangkan aktiviti harian biasa kerana tidak mempunyai daya dan kekuatan. Malah, jika mereka masih terus untuk tidak aktif akab meningkatkan peluang mereka untuk diserang strok seterusnya.

Senaman yang mudah boleh dilakukan secara perlahan-lahan ialah dengan berjalan dan melakukan kerja-kerja rumah yang ringgan.

Apa Berlaku Bila Kurang Nutrisi? (Klik)

Comments

comments