Buah Paling Sihat!.
SANGAT UNIK. Itu ialah gambaran yang sesuai untuk buah avokado. Perbezaan dengan buah buahan lain yang lebih tinggi dengan karbohidrat, avokado pula kaya dengan kandungan lemak yang sihat dan protein.Walaupun luarannya kelihatan keras namun tekstur isi dalamnya berkrim. Avokado dibawah kategori tumbuhan berbunga dan merupakan sebahagian daripada keluarga buah beri.
Sejarah Avokado
- Pokok buah avokado California boleh menghasilkan sebanyak lebih kurang 500 biji avokado setahun.
- Avokado berasal daripada perkataan Spanish iaitu ‘aquacate’ dan perkataan ini pula berasal dari perkataan dari Aztec ‘achuacatl’ yang bermaksud ‘pokok testikel’.
- Masyarakat Aztec menganggap buah avokado sebagai buah kesuburan.
Kegunaan Buah Avokado
Jangan terkejut ye! Banyak sangat kegunaan buah avokado ini. Avokado sesuai dimakan bersama pelbagai jenis makanan. Oleh kerana itu ia membuatkan avokado sebagai makanan tambahan yang berkhasiat yang digunakan dalam pelbagai resepi. Sama seperti isinya, biji dan minyak avokado juga mempunyai banyak kegunaan.
- Minyak avokado membantu menyegarkan dan melembapkan kulit sekaligus boleh dijadikan sebagai pelindung sinar matahari semulajadi.
- Avokado yang diilenyek pula boleh mengurangkan lingkaran bawah mata, digunakan sebagai masker rambut atau kondisioner untuk kulit kepala dan rambut.
- Jika mahukan kulit yang mulus, avokado juga boleh dijadikan masker atau lulur muka.
- Avokado turut digunakan secara meluas dalam masakan. Avokado sesuai dijadikan puri untuk makanan bayi. Ia juga boleh ditambah ke dalam pencuci mulut, salad dan juga dimakan bersama sandwic. Jika di Brazil, campuran avokado bersma aiskrim sering menjadi pilihan.
- Minyak avokado boleh dijadikan jem atau kuah pencicah dimana ia boleh ditambah ke dalam sos, smoothies dan kuah salad
- Selain buah dan minyak, biji buah avokado boleh berfungsi sebagai pewarna makanan semulajadi.
Manfaat Kesihatan
- Avokado mengandungi vitamin penting dan juga mineral termasuk serat, vitamin K, B5,B6 dan C, asid folik dan kalium. Kebanyakkan orang sukar perolehi jumlah nutrien kalium yang mencukupi. Sebiji avokado mengandungi dua kali ganda kalium berbanding sebiji pisang. Kandungan kalium di dalam avokado mampu mengekalkan tekanan darah yang sihat.
- Avokado sarat dengan asid lemak mono tepu yang baik untuk jantung. Ia merupakan salah satubuah buahan yang menyediakan lemak mono tepu yang ‘baik’. Sebiji avokado yang bersaiz sederhana mengandungi lebih kurang 22.5 g lemak.
- Lemak dalam buah avokado ini uga boleh bertahan daripada proses pengoksidaan yang didorong oleh haba dimana ia menjadikan minyak avokado sebagai minyak yang lebih selamat dan sihat untuk digunakan dalam masakan.
4. Amalan memakan buah avokado dapat mengekalkan tahap kolesterol yang baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, ia juga mungkin dapat mengurangkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL yang baik di dalam badan.
5. Lemak yang terkandung di dalam buah avokado ini.juga boleh membantu badan kita menyerap nutrien daripada makanan yang berasaskan tumbuhan. Ada sesetengah nutrien adalah ‘larut lemak’ dan ia memerlukan lemak supaya dapat digunakan di dalam badan. Ini termasuklah vitamin A,D,E dan juga antioksidan seperti karotenoid. Apa itu karotenoid?
6. Avokado bukan sahaja dapat meningkatkan penyerapan antioksidan dari makanan lain, tetapi buah ini sendiri juga kaya dengan antioksidan seperti Lutein dan Zeaxanthin. Nutrien-nutrien ini sangat penting untuk kesihatan mata dan merendahkan risiko degenerasi makula dan katarak.
KUASA PROTEIN UNTUK TENAGA LEBIH KEKAL LAMA
Smoothies Avokado ESP
Bahan-bahan:
Setengah biji avokado masak
3 sudu ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan kuib ais
Kisar bahan-bahan diatas dengan mesin pengisar.
Cara Memotong Buah Avokado
- Pegang buah avokado dengan menggunakan sebelah tangan. Gunakan pisau yang besar dan tajam untuk memotong buah avokado secara memanjang.
- Gunakan sudu untuk mencedok keluar biji buah avokado.
- Kemudian, cedok keluar isi avokado dengan sudu dan potong mengikut segmen.
Trivia Avokado
- Avokado akan masak lebih cepat jika diletakkan bersama-sama pisang atau epal.
- Avokado dahulunya adalah makanan mewah dan hanya dihidangkan untuk para kerabat diraja, tetapi kini avokado dinikmati oleh semua oang diseluruh dunia.
- Cara untuk tahu sama ada avokado sudah masak atau tidak, perhatikan tompok kecil di bahagian hujung batang. Jika tompok-tompok tersebut berwarna hijau,avokado tersebut sudah masak dengan sempurna. Jika ia berwarna coklat, ia sudah terlebih masak. Buah avokado ini hanya masak selepas dipertik!.
- Di antara buah buahan dan sayur sayuran lain, avokado merupakan buah yang menggunakan paling sedikit racun perosak. Kulitnya yang tebal juga mampu melindungi bahagian dalam isi buah dari racun perosak.
Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.
Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online
Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?
Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!
Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)
Mengapa mesti memilih Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
===========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang.
COD UPM Serdang (Waktu: 10 pagi – 2 petang)
Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.
EMAIL : anashana155@gmail.com
P/S: Membantu menyediakan tenaga yang berterusan, menyokong kesihatan yang baik dan mengekalkan tulang yang sihat
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.