Cara Menjaga Kesihatan.
Bagaimana cara menjaga kesihatan yang lebih teratur dan efektif? Ada kajian mendedahkan latihan ekstrem selama 10 minit mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Berikut adalah cara untuk menjadikan 10 minit kita lebih bermakna;
2 minit
berjalan,joging atau berbasikal untuk memanaskan tubuh
20 saat
berjalan,joging atau berbasikal selaju yang boleh
2 minit
berjalan,joging atau berbasikal pada kadar normal
20 saat
berjalan,joging atau berbasikal selaju yang boleh
3 minit
berjalan,joging atau berbasikal pada kadar normal untuk menyejukkan badan
Kenapa kita boleh berasa pening ketika bersenam?
Antara sebab pening sewaktu bersenam ialah
- kadar gula rendah
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- lupa nak bernafas (menahan nafas ketika melakukan gerakan isometrik seperti plank atau squat serta bernafas secara berat melalui mulut ketika sprint)
Melompat 30 Kali
Tahukah anda? Dengan membuat lompatan dengan tali sebanyak 30 kali sudah cukup membantu kita memperbaiki tahap kecergasan dan kekuatan tulang. Boleh juga jika hendak membuat lompatan tanpa tali.
Ini kerana ketika melompat,tubuh akan naik dan turun sekaligus memberi kesan yang akan merangsang kekuatan tulang. Terlebih dahulu,pastikan lakukan regangan sebelum melompat.
Lutut Siapa Paling Mudah Cedera?
Dalam kajian yang diterbitkan oleh Journal of Athletic Training, penyelidik mendedahkan atlet bola sepak,angkat barat dan peninju cenderung mengalami radang sendi berbanding atlet profesional yang lain. Atlet angkat berat memiliki risiko paling besar pada lutut diikuti pemain bola sepak.
Jangan risau. Tak perlulah berhenti terus daripada sukan kegemaran anda ini. Pastikan aktiviti pemanasan dilakukan sebelum latihan dan jangan terlalu memaksa diri. Regangan yang berkesan juga boleh menghindarkan dari sakit sendi.
Senaman hanya 30%
Jika ingin turunkan berat badan, senaman hanya 30%! Menurut Ariane Hundt, pengajar dan jurulatih peribadidi Brooklyn Bridge Boot Camp, New York berkata, ” Selebihnya anda harus menhambil makanan yang betul dan bersikap positif.”
Hanya beberapa minit diperlukan untuk habiskan 1,000 kalori tetapi berjam-jam masa diperlukan untuk membakarnya.
Pantai Tempat Terbaik Bakar Lemak
Kajian dari Itali mendapati individu yang berlari di pantai berpasir akan mengeluarkan tenaga yang lebih. Oleh yang demikian sekaligus mendorong untuk membakar lebih banyak kalori.
Ketika berlari, kaki akan dimasuki pasir dan ini membuatkan otot-otot kaki bekerja lebih keras. Oleh itu, jangan duduk sahaja jika berada di pantai. Manfaatkan kesempatan ini untuk membakar lebih banya lemak.