Cara Terbaik Kawal Nafsu Makan.

Adalah sangat penting dalam menjaga keseimbangan tenaga dan berat badan. Menurut idea yang disarankan iaitu makan hanya sebanyak 5 kali sehari. Namun, tidak mustahil kita boleh makan lebih dari 5 kali! Bagaimana cara terbaik kawal nafsu makan?

Nafsu makan susah hendak dikawal, lebih-lebih lagi adanya keinginan untuk mengunyah. Terdapat beberapa aktiviti yang mendorong dan menyukarkan kita untuk mengawal nafsu makan.

5 Aktiviti Buat Nafsu Makan Tidak Terkawal.

1. Makan Sambil Tonton Televisyen

Penelitian dari Leiden University dan Raboud University mendapati ketika kita menonton televisyen, kemampuan untuk kenal pasti rasa makanan akan berkurangan. Ini kerana deria rasa kita terganggu dengan tumpuan di televisyen berbandingan makanan yang masuk ke dalam mulut.

Oleh sebab itulah, kita akan mengunyah makanan tanpa rasa puas dan tidak tahu bila masa untuk berhenti makan.

cara terbaik kawal nafsu makan

2. Berkumpul Di Kafeteria

Tidak sempurna ketika berkumpul bersama kawan-kawan jika tiada makanan dan minuman walaupun hanya memesan makanan ringan. Inilah salah satu sebab kenapa kita ingin mengunyah.

3. Makan Ketika Memandu

Makan ketika memandu tidak menjadi kesalahan undang-undang tetapi boleh mengundang kemalangan. Kenapa demikian?(klik sini).

Selain makan sambil menonton televisyen, kita juga cenderung untuk masukkan apa sahaja jenis makanan supaya perut lebih kenyang dan mulut kita dapat mengunyah sesuatu sebelum sampai ke destinasi.

cara terbaik kawal nafsu makan

4. Menaip Di Komputer

Melakukan kerja-kerja di hadapan komputer, berbual di telefon atau membaca buku boleh menjadi penyebab untuk kita mengunyah. Aktiviti ini juga boleh mengalihkan tumpuan otak kita dari makanan sehingga kita terus mengunyah tanpa sedar.

5. Makan Sambil Jalan

Penelitian dari University of Surrey, seseorang yang makan sambil berjalan lebih berpotensi akan makan secara berlebihan pada jam berikutnya. Ini kerana semasa berjalan fikiran kita akan beralih ke arah tempat lain sehingga lambat menerima isyarat kenyang. Malah, makan sambil berjalan juga boleh melumpuhkan kemampuan badan untuk mengetahui rasa kenyang selepas makan sehinggakan kita masih tercari-cari makanan lain untuk dimakan.

 

 

Bagaimana Cara Terbaik Kawal Nafsu Makan?

  • 2 Gelas Air Putih Sebelum Makan

Apabila kita minum air putih, ia dapat membuatkan kita sedikit kenyang dan makan tidak terlalu banyak kerana perut kita sudah penuh. Dalam masa yang sama, kita boleh mengurangkan sehingga 60 kalori setiap kali makan.

  • Banyakkan Makan Ikan

cara terbaik kawal nafsu makan

Merujuk kepada penelitian yang diterbitkan oleh European Journal of Clinical Nutrition mengatakan seseorang yang makan ikan akan lebih rasa kenyang berbanding mereka yang makan daging merah. Disamping itu, kita juga akan memasukkan 75 kalori lebih sedikit pada waktu makan berikutnya.

  • Sayuran Warna Oren Dan Hijau

Ambil sayuran oren dan hijau yang mengandungi 90% air dan kaya serat. Ia boleh membuatkan kita kenyang dan perut penuh dengan lebih cepat. Antara sayur pilihan ialah lobak merak, brokoli, bayam dan sebagainya.

cara terbaik kawal nafsu makan

  • Karbohidrat Kompleks

Penyelidik dalam British Journal of Nutrition mendapati pengambilan karbohidrat kompleks seperti kentang,oatmeal dan beras merah boleh membuatkan kita kenyang sehingga berjam-jam dan akan makan berkurangan dari 320 kalori per hari. Kita juga boleh gantikan nasi putih atau pasta dengan kentang rebus.

  • Mengunyah Kekacang

cara terbaik kawal nafsu makan

Snek seperti kacang badam atau kacang tanah boleh diambil sebelum makan. Ini kerana kacang mengandungi serat, protein dan lemak yang dapat mengaktifkan isyarat kenyang sehingga kita akan makan dengan sedikit.

TETAPI, perlu perhatikan dan hadkan kerana ada juga kacang yang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Makanlah segenggam kacang dalam sehari.

Tunggu Kejap! 

Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?

Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!

bagaimana cara daftar ahli shaklee

Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325

 

 

Comments

comments