Cegah Diabetes Sekarang!.

SANGAT sedih apabila pada peringkat awal penyakit diabetes, pesakit tidak mempunyai tanda-tanda langsung. Pengesanan pula hanya melalui pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Cegah diabetes sekarang! Jangan tunggu bila dah kena baru nak cari penawar.

TETAPI apabila kandungan gula dalam darah semakin meningkat, pesakit akan mula kerap untuk kencing, dahaga, mudah rasa letih dan tidak bermaya. Pada TAHAP KRONIK, pesakit akan mula berasa kebas pada hujung kaki dan jari tangan, penglihatan kabur, luka lambat sembuh dan mudah dijangkiti kuman.

cegah diabetes sekarang

Apabila hormon insulin bekurangan atau badan sudah tidak sensitif pada insulin, kandungan gula dalam darah juga tidak dapat dibawa masuk ke dalam tisu dan otot. Oleh sebab itu, badan terpaksa menjana tenaga daripada tenaga yang tersimpan di dalam lemak dan otot badan. Akibatnya pesakit akan mudah berasa letih dan badan akan menjadi semakin kurus.

Akhirnya penggunaan insulin perlu dilakukan kerana tiada lagi ubat yang dapat merangsang organ pankreas untuk merembeskan hormon insulin.

Ibu Segala Penyakit ~ Cegah Diabetes Sekarang!

Diabetes boleh dikatakan sebagai ‘ibu kepada segala penyakit’ atau disebut ‘the root of all illness’.

Semua organ dalam badan sangat terdedah kepada komplikasi akibat diabetes. Ini kerana badan kita dilitupi jalinan saluran darah iaitu dari sebesar-besar saluran darah hinggalah ke sekecil-kecilnya.

  • Apabila seseorang mempunyai diabetes, paras gula dalam darah adalah tinggi. Apabila kandungan gula ini tinggi, ia akan merosakkan saluran-saluran darah tersebut. Akibatnya organ-organ di dalam badan yang diliputi saluran darah ini akan rosak.
  • Contoh seperti, saluran darah kecil dalam mata (retinal vessels) akan rosak akibat terlalu lama ‘direndami’ gula dalam darah. Ia seterusnya akan merosakkan retina mata. Akhirnya pesakit akan menjadi buta.
  • Sama seperti dengan buah pinggang.Saluran kapilari darah dalam buah pinggang (glomerulus) akan menjadi semakin rosak akibat terdedah terlalu lama kepada kandungan gula dalam darah. Akibatnya, pesakit akan mengalami kerosakkan buah pinggang kronik sehinggakan buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Seterusnya, pesakit tersebut memerlukan rawatan dialisis.
  • Organ-organ lain yang sering kali terlibat adalah saraf, saluran koronori jantung dan saluran darah ke otak. Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami kebas kaki dan tangan, serangan jantung dan angin ahmar (strok).

~kredit: Rapi (November 2015)~

Bagaimana Kita Boleh Tahu Kadar Gula Darah Dikatakan Diabetes?

Δ Kadar gula darah sesaat lebih dari 200 mg/dL

Δ Kadar gula darah selepas 8 jam puasa lebih dari 126 mg/dL

Δ Kadar gula darah 2 jam setelah makan lebih dari 200 mg/dL

Tip Sihat

Diet Untuk Pesakit Diabetes

Tiada makanan yang dilarang TETAPI jumlahnya perlu dikawal. Pesakit diabetes perlu tahu mengawal pemakanan karbohidrat, meningkatkan pengambilan serat, menghadkan minuman manis dan bergula serta rutin senaman setiap hari.

Kawal Pemakanan Kanak-Kanak

Pada peringkat kanak-kanak, mereka memerlukan nutrien yang cukup untuk membesar. Bagi ibu bapa, perkenalkan makanan baru yang sihat untuk anak-anak, walaupun mengambil masa yang lama.

Aktiviti Bersama Keluarga

Amalkan apa sahaja aktiviti sosial atau makan bersama keluarga dan bukannya di hadapan televisyen atau komputer.

Adakah Masih Ada Harapan Untuk Sembuh?

Walaupun penyakit ini tidak dapat disembuhkan dengan sepenuhnya, namun pesakit masih dapat hidup sihat tanpa komplikasi sekiranya mereka mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Pemantauan kandungan gula dalam darah perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Berjumpa dan menerima nasihat dari doktor pada masa peringkat awal lagi.

Komplikasi berlaku dalam jangka masa yang panjang. Sepatutnya ia perlu dicegah dari peringkat awal. Malangnya, tidak banyak yang dapat diselamatkan apabila berlakunya kerosakan organ kerana tahap gula yang tidak dikawal pada peringkat awal.

bebas dari kencing manis

Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat kencing manis?  (klik sini)

Apa Kata Mereka Bebas Dari Kencing Manis? ~ Cegah Diabetes Sekarang!.

testimoni vivix kencing manis

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian yang hebat ini. Saya doakan kesihatan yang baik untuk anda sekeluarga.

 Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.

order sekarang

 Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online

Tunggu Kejap! 

Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?

Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!

bagaimana cara daftar ahli shaklee

Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)

Mengapa mesti memilih Shaklee
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang

Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.

EMAIL : anashana155@gmail.com

P/S: Bebas kencing manis masih ada harapan untuk sembuh jika dicegah pada peringkat awal lagi.

PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.

 

 

Comments

comments