Chia Seed Superfood Kecil Terbaik.
Chia seed superfood atau Biji Chia adalah makanan sihat yang sangat popular. Sekali pandang ia kelihatan seperti biji selasih yang diambil bersama minuman sirap. Namun, sangkaan tersebut silap kerana bijian ini seakan sama tetapi khasiatnya jauh lebih berbeza.
Chia Seed menjadi bahan sampingan untuk dimasukkan ke dalam makanan lain dan mempunyai sedikit rasa. Ia juga turut dijadikan bahan makanan untuk seseorang itu menurunkan berat badan.
Apa Beza Chia Seed Dengan Biji Selasih?
- Chia seed berasal dari Mexico dan Guatemala. Manakala biji selasih dari biji selasih yang berasal dari India dan Mediterranean.
- Chia seed boleh dimakan secara mentah dan yang telah direndam, sedangkan biji selasih tidak boleh dimakan secara mentah tetapi perlu rendam di dalam air selama beberapa jam.
- Bentuk chia seed lebih besar, berbentuk oval dan berwarna coklat,hitam dan putih dan biji selasih hanya berwarna hitam dan putih.
- Harga biji selasih jauh lebih murah berbanding chia seed yang di import dari Amerika Tengah.
Apakah Khasiat Chia Seed?
Menurut IndiaTimes, chia seed memang sudah terkenal sejak zaman kuno lagi. Ia terus berkembang di Amerika Tengah. Chia seed kaya dengan Omega-3, protein, zat besi, kalsium,magnesium dan serat.
Antara khasiat lain yang ada pada chia seed ialah:
1# Kaya Serat
Chia seed adalah sumber serat makanan yang baik. Dengan dua sudu makan chia seed, ia menyediakan lebih dari 1/3 pengambilan serat harian yang diperlukan.
2# Mineral
Sumber mineral (kalsium,magnesium dan fosforus) untuk mengelakkan tekanan darah tinggi, memberikan tenaga yang cukup untuk proses metabolisme badan dan sistem ketahanan badan.
3# Anti Peradangan
Chia seed adalah biji berminyak yang lengkap dengan asid lemak omega-3 yang boleh membantu melawan radikal bebas, mengurangkan peradangan dan menurunkan kolesterol.
4# Kesihatan Jantung
Kajian daripada Klinik Cleveland mengatakan chia seed boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh. Pada masa yang sama ia dapat membantu mengurangkan jumlah kolesterol,LDL dan trigliserida.
5# Antioksidan
Chia seed kaya dengan antioksidan dan melindungi badan dari pigmentasi serta melambatkan penuaan.
6# Sumber Protein
Ia adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging terutamanya bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.
7# Kawal Kadar Gula Darah
Chia seed adalah salah satu makanan terbaik yang dapat mengawal kadar gula dalam darah. Ia juga amat sesuai untuk anda yang ingin mengatasi penyakit diabetes.
8# Kaya Omega-3
Chia seed superfood kaya dengan asid lemak omega-3 dan mempunyai hampir 5gm dalam setiap hidangan. Malahan, lemak juga amat penting untuk kesihatan otak kita.
9# Sangat Mengenyangkan
Gabungan serat,protein dan nutrisi lain yang ada dalam chia seed membuatkan kita lebih berasa kenyang,mengawal nafsu makan kita, memberikan tidur yang lena dan membantu untuk meningkatkan mood harian kita.

energy super bar chia seed
Cara Pengambilan Chia Seed
Keistimewaan chia seed ini, selain untuk kesihatan badan,ia juga mudah diambil. Chia seed boleh dimakan mentah sebagai taburan atau dicampurkan dengan aneka bahan makan lain.
Selain itu, chia seed boleh direndam dan dicampurkan ke dalam jus buah,air atau bijirin.
Ramadan Bersama Chia Seed
Apabila merancang makanan untuk berbuka puasa dan bersahur, pilihlah makanan yang mengandungi
- karbohidrat kompleks,
- protein tanpa lemak,
- bijirin,
- sayur-sayuran dan buah-buahan berserat tinggi,
- produk tenusu rendah lemak dan lemak yang sihat.
Makanan seperti ini menggalakkan pembebasan tenaga secara perlahan serta membantu memastikan badan kita mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan.
Biji chia mampu memberikan kita tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa dan menjadikannya pilihan yang bijak semasa sahur. Hanya tambahkan satu sudu besar biji chia ke dalam makanan atau minuman anda untuk menikmati khasiatnya.
Set Mighty 3 Gems Shaklee ialah set untuk membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan ketika berpuasa.
Cara pengambilan Set Mighty 3 Gems sepanjang bulan Ramadan
Waktu Bersahur:
Campurkan 2 sudu ESP + 1 sudu MealShakes + 1 sudu Performance Drink. Boleh juga tambahkan satu sudu kecil chia seed.
Waktu Berbuka:
Minum segelas Performance Drink
Waktu Sebelum Tidur:
Boleh minum segelas ESP dicampurkan bersama Performance Drink
** Makanan sunnah seperti kurma jangan dilupakan serta pastikan pengambilan air masak yang cukup ketika bersahur.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian yang hebat ini. Saya doakan kesihatan yang baik untuk anda sekeluarga.
Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.
Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online
Tunggu Kejap!
Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?
Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!
Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)
Mengapa mesti memilih Shaklee
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik
===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang.
COD UPM Serdang (Waktu: 10 pagi – 2 petang)
Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.
EMAIL : anashana155@gmail.com
P/S: Chia seed superfood juga dapat membantu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung,membantu menurunkan kolesterol dan melancarkan pencernaan.
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.