Detoks Tubuh Dengan ‘Infused Water’.
INFUSED WATER berguna untuk detoksifikasi. Detoks membantu tubuh menyingkirkan racun dalam tubuh dan mengeluarkan radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Selain itu, detoks tubuh dengan ‘infused water’ mampu memberikan rasa yang menyegarkan.
Malah tidak bosan untuk dinikmati pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Berikut dicadangkan beberapa jenis buah yang boleh digunakan sebagai campuran infused water.
1. LEMON
Air dengan campuran hirisan buah lemon adalah minuman detoks yang terbaik. Lemon membantu membersihkan dan menambah alkali dalam tubuh sehingga membuatkan kita sentiasa segar. Untuk membuatnya, anda hanya perlu menghiris beberapa buah lemon segar, perah sari lemon dan tambahkan beberapa liter air putih kedalamnya.
2. PUDINA
Menambahkan daun pudina ke dalam infused water akan membuatkan air anda menjadi manis sedikit, walaupun tidak ditambahkan gula. Campuran air dengan pudina yang dingin akan membantu ‘menenangkan’ perut dan melancarkan percernaan.
3. HALIA
Infused water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem ditubuh, melancarkan dan juga ‘menenangkan’ perut kita.
4. MENTIMUN
Mentimun tidak cuma manfaat untuk kulit dan mata. Ini kerana infused water mentimun juga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradang untuk tubuh.