Detoks Untuk Permulaan Hidup Yang Lebih Sihat.
DETOKS adalah merupakan cara untuk kita boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan kita. Namun bagaimanakah cara untuk kita memastikan bahawa detoks ini betul-betul berkesan? Apakah antara sebab khusus kita perlu fokus dalam membersihkan tubuh kita?
Apakah Manfaat Detoks Perlu Kita Tahu?
Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengganggu kebolehan semulajadi tubuh kita untuk menyingkirkan toksik.
Ia juga akan mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya kita mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok, ia mampu memberikan pelbagai manfaat yang positif kepada tubuh kita.
MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)
Pernah tak anda rasa seperti duduk ditandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar kerana perut sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan kita. Namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahan-lahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem kita.
Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah hendak turun dan kita akan berasa kembung. Malah yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan kita mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum.
Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan kita dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, kita boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh.
PENGURANGAN BERAT BADAN
Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak kita adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul.
Lambat laun, sel lemak baru ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.
MENGURANGKAN NAFSU MAKAN
Membersihkan tubuh dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi.
Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!.
MEMBERI TENAGA
Tubuh kita mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan kita cepat berasa letih.
Ini merupakan tanda bahawa tubuh kita dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ia dapat membantu menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh kita lebih tenaga dan stamina untuk kita melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!
MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
Radikal boleh didapati secara percuma! OH TIDAK!
YA, kotoran radikal yang percuma itu sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang jelik ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi kita dan boleh mengakibatkan keradangan.
Dengan melakukan detoks, ia dapat membantu kita untuk menghindari toksin. Secara tidak langsung, ia TIDAK AKAN membantu dalam membiakkan radikal yang boleh didapati secara percuma ini. Malah badan kita akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!
MENGURANGKAN TEKANAN
Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan?
YA, apabila tubuh kita dipenuhi toksin, minda kita akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh kita, kebolehannya untuk menyerap nutrien juga akan menurun dan tubuh badan kita semestinya tidak gembira dengan perkara seperti ini.
Ia sangat menakutkan apabila tubuh mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi, jika telah mengeluarkan toksin, kita boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh kita untuk hilangkan tekanan.
Pembersihan dapat memperbaiki ketajaman minda dan membolehkan kita untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.
KULIT LEBIH CANTIK
Kulit merupakan organ luaran kita yang terbesar. Ia melambangkan kesihatan dalaman kita. Kulit kita banyak membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh. Apabila sistem serta kelenjar peluh kita dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai masalah kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat.
Sekiranya toksin terkumpul lambat dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah kita. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan kita. Apabila ia tidak lagi terkumpul, kita akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit.
Cuba bayangkan; kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa sahaja yang tidak menginginkannya?
TIDUR LEBIH LENA
Toksin sangat menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikan bebas. Radikal bebas, juga mengakibatkan hormon tidur kita meningkat dan akan mengganggu corak tidur.
Kadangkala ia turut mendorong kepada masalah insomnia. Sokonglah aktiviti membuang toksin dari sistem tubuh kita ini dengan mendetoks. Sekaligus dapat membantu badan kita untuk tetapkan semula corak tidur yang sihat. Lihat sahaja bagaimana kita akan dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.
Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?
Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!
Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)
Mengapa mesti memilih Shaklee
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik
===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang
Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.
EMAIL : anashana155@gmail.com
P/S: Detoks merupakan langkah penting dalam memperolehi kesihatan keseluruhan yang lebih baik.
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.