Fahami Tubuh Sendiri Untuk Kurus.

SIAPA yang paling arif dan tahu tentang keadaan tubuh anda selain diri anda sendiri? Jadi, hanya anda sahaja yang tahu makanan apa yang baik untuk kesihatan tubuh anda. Berapa banyak kuantitinya, baik buruk makanan tersebut dan sebagainya.

Berikut ada beberapa TIP KURUS yang boleh dijadikan panduan.

Pelajari Makanan

Perhatikan kandungan serat, protein, vitamin, mineral dan antioksidan yang terdapat di dalam makanan yang kita pilih. Pelajari juga jenis-jenis makanan baru serta cara menggabungkan antara makanan yang biasa dimakan dengan makanan yang baru ini.

Jangan lupa!hitung juga kandungan kalori yang bakal anda masukkan ke dalam tubuh kelak.

Makan Perlahan

Makan perlahan-lahan sekurang-kurangnya 20 minit setiap kalu anda mengunyah makanan supaya tubuh memiliki waktu untuk berasa kenyang sebelum anda memutuskan untuk mengisinya lagi.

Buat Perancangan

Buat perancangan menu makan.sekurang-kurangnya selama seminggu untuk menyeimbangkan pengambilan makanan yang kurang sihat pada hari-hari yang sebelumnya.

fahami tubuh sendiri untuk kurus

 

Pasar Sayur

Bagi setiap menu, pasti ada sayur. Oleh itu, cara terbaik untuk dapat pelbagai khasiat sayur adalah dengan pergi ke pasar sayur. Pelbagai jenis sayur boleh didapati untuk mempelbagaikan khasiat serta menu sihat setiap hari.

fahami tubuh sendiri untuk kurus

Jangan Celarukan Pola Makan

Pastikan anda tidak mencelarukan pola makan anda. Renung seketika untuk mengingatkan kembali makanan terbaik untuk anda di makan, walau di dalam waktu yang sukar sekalipun.

Tulis Menu Makan

Apabila sudah menjadi kebiasaan menulis apa yang anda makan sepanjang tempoh tertentu, secara tidak langsung ia dapat mengubah dan memperbaiki menu anda. Selain itu, anda juga dapat mengubah kebiasaan buruk anda terhadap makanan yang kurang sihat ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Jumpa Pakar

Sesekali berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan saranan terbaik tentang pemakanan sihat.

Berfikir Positif

Makanan dan berat badan merupakan dua perkara yang amat merunsingkan. Tetapi dengan mengingatkan diri sendiri agar mengubah kebiasaan buruk, pasti pola pemikiran akan berubah menjadi lebih positif.

fahami tubuh sendiri untuk kurus

Bersabar

Bersabarlah kerana untuk melakukan perubahan sememangnya memerlukan masa yang agak panjang. Jadi, kuatkan semangat dan menyerah separuh jalan.

Cari Sokongan

Cuba cari sokongan dengan pelbagai cara seperti saling mengingatkan sahabat yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda. Selain sama-sama berjaya lebih langsing, hubungan anda dengan sahabat akan menjadi lebih erat.

 

Cara Efektif Turunkan Berat Badan ~ Minum air sebelum makan!

fahami tubuh sendiri untuk kurus

Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, minum air sebelum makan makanan dikatakan dapat membantu dalam program penurunan berat badan. Satu kajian lain pula menjelaskan bahawa dengan minum dua gelas air sebelum makan tiga kali sehari boleh menghilangkan lemak di tubuh sehingga 2.3 kg. Meskipun sejak dahulu lagi petua ini sudah diketahui ramai, namun masih belum ada bukti ilmiah yang menyokongnya.

Oleh itu, sekumpulan pakar di Amerika Syarikat memutuskan untuk mengadakan ujian terhadap 48 orang dewasa berusia diantara 55 tahun hingga 75 tahun yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama diberikan program diet rendah kalori tetapi tidak meminum air sebelum makan. Manakala kumpulan kedua pula diberikan program diet rendah kalori serta diberi minum dua gelas air sebelum makan.

Selepas tempoh 2 minggu, kumpulan kedua yang diberi minum air sebelum makan kebanyakannya mengalami penurunan berat badan sehingga 7 kg, manakala kumpulan pertama tadi hanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 kg.

Menurut seorang pakar, Dr Brenda Davy, kajian ini dijalankan secara rawak untuk mengetahui hubungan amalan minum air sebelum makan dan pengawalan berat badan. Dari segi aspek lain pula, Dr Davy dari Virginia berkata, kunci utama di dalam kajian ini ialah mendapati bahawa air merupakan satu cara efektif dalam penurunan berat badan kerana ia mudah didapati serta dapat mengisi perut dan tidak mengandungi kalori.

kurus Cara Kate Middleton (klik)

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian yang hebat ini. Saya doakan kesihatan yang baik untuk anda sekeluarga.

 Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.

Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online

bagaimana cara daftar ahli shaklee

(KLIK GAMBAR DIATAS)

 

 

Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?

Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!

bagaimana cara daftar ahli shaklee

Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)

Mengapa mesti memilih Shaklee
Mendapat Kelulusan KKM
Tiada Kesan Sampingan
Terbukti Berkesan
Terbukti Semulajadi
Terbukti Selamat
Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang.

Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.

EMAIL : anashana155@gmail.com

P/S: Pastikan anda tidak mencelarukan pola makan anda. Renung seketika untuk mengingatkan kembali makanan terbaik untuk anda di makan, walau di dalam waktu yang sukar sekalipun.

PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.

 

Comments

comments