Jaga Hati, Elak Hepatitis C.

Hepatitis C mungkin tidak sepopular HIV, penyakit jantung kronik atau penyakit buah pinggang. Tetapi bahayanya tetap sama. Ia sudah meragut banyak nyawa kerana sukar dikesan di peringkat awal.

Masyarakat sebenarnya tidak tahu bahawa kos rawatan penyakit Hepatitis C ini boleh mencecah RM300,000 bagi setiap orang pesakit. Jumlah pesakit Hepatitis C sehingga kini di Malaysia telah mencecah 500,000 kes dengan anggaran 2,000 kes baru setiap tahun.

Apa Itu Hepatitis?

Hati adalah salah satu organ terbesar dan terpenting dalam tubuh manusia. Hati terlibat dalam pemprosesan nutrien, penghasilan antibodi dan pembuangan lebihan cecair hempedu, kolesterol serta ubat-ubatan yang diambil. Hepatitis pula ialah sejenis penyakit hati yang disebabkan oleh keradangan.

Bagaimana Radang Hati Boleh Terjadi?

  1. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  2. Pengambilan ubatan herba yang tidak jelas isi kandungannya.
  3. Terdapat antibodi asing dalam tubuh badan seseorang individu.
  4. Termakan bahan yang tidak dapat dikumuhkan dalam kadar yang biasa.
  5. Jangkitan virus hepatitis.

hepatitis C

Apakah Simptom-Simptom Hepatitis C?

Buat masa ini masih belum ada vaksin untuk Hepatitis C di Malaysia. Oleh sebab itu virus Hepatitis C ini mampu menyebabkan radangan hati dengan mengambil masa yang bertahun-tahun lamanya sehingga boleh mencecah 30 tahun. Penyakit ini tidak mempunyai simptom yang jelas kecuali mengalami kekuningan (jaundis) yang teruk. Tanda-tanda biasa yang boleh dikesan apabila keletihan, kurang selera makan, loya, muntah dan sakit perut.

Menurut Dr Bahariah Khalid, Ketua Unit Perubatan Dalaman, Perunding Hematologi dan Pensyarah Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), ” Ada di antara pesakit yang datang melakukan pemeriksaan kesihatan untuk meyambung pelajaran, untuk memulakan pekerjaan baru, menderma darah dengan secra tidak sengaja mendapati keputusan saringan mereka positif kepada virus Hepatitis C.”

Oleh itu pakar perubatan percaya bahawa kadar maut untuk penyakit Hepatitis C sangat tinggi kerana ketika pesakit datang untuk mendapatkan rawatan, mereka sudah pun berada di tahap yang kronik dan ada juga sudah mengalami komplikasi yang kritikal.

Masyarakat Perlu Tahu

 

hepatitis C

Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat kita tentang Hepatitis C dan penggunaan rawatan traditional juga adalah kemungkinan penyebab gejala Hepatitis C tidak dapat dikesan lebih awal.

“Apabila sudah tiba di tahap kritikal dan kronik, besar kemungkinan organ hati sudah rosak sepenuhnya. Sel-sel dalam hati akan bertukar menjadi tisu fibrosis. Jika dibiarkan berlarutan, berlakulah situasi tisu organ hati digantikan dengan parut yang dikenali sebagai Sirosis Hati (Liver Cirrhosis).”

“Ini bermakna semua fungsi hati yang penting untuk tubuh manusia telah gagal. Ada segelintir pesakit di peringkat akhir kerosakan organ hati ini menghidapi kanser hati. Virus Hepatitis C merupakan salah satu risiko kanser hati yang telah lama dikenalpasti.”

Masih Boleh Dirawat Lagi Ke Hepatitis C?

Seseorang individu yang meraskan diri mereka mempunyai risiko adalah dinasihatkan menjalani ujian saringan. Penyakit ini masih boleh dirawat dan fungsi hati masih boleh dipulihkan jika ia dikesan pada waktu awal. Ini kerana peluang untuk sembuh adalah tinggi walaupun mengambil masa yang agak panjang iaitu lebih kurang 6 bulan.

hepatitis C

Pesakit Hepatitis C yang belum menunjukkan gejala Sirosis hati yang teruk peda ketika saringan dilakukan, berpengetahuan mengenai penyakit dan berkebolehan menerima rawatan mengikut jadual yang ditetapkan pasti mampu menunjukkan kesan-kesan positif kepada rawatan.

Kita Perlu Menjaga Hati Sebelum Mendapat Hepatitis C

hepatitis C

DTX® Complex

Membantu Hati untuk Perbaharui, Segar dan Cergas Semula.

Kod Produk: 10330 (90 kaplet)

Detox Semula Jadi 

Hati yang sihat memainkan peranan yang penting untuk kesejahteraan dan kesihatan anda. Bantu tubuh anda menyingkirkan toksin untuk mengembalikan dan mengekalkan kesihatan hati anda, agar anda berasa lebih sihat.

DTX® Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi herba yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.

Keistimewaan Shaklee

DTX® Complex diformulasi khas dengan ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.

Fakta Nutrisi

Saiz Hidangan : 3 Kaplet

KKLIU 0605/2017
MAL07090948TC

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk tradisional.

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian yang hebat ini. Saya doakan kesihatan yang baik untuk anda sekeluarga.

 Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.

Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online

bagaimana cara daftar ahli shaklee

(KLIK GAMBAR DIATAS)

 

 

Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?

Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!

bagaimana cara daftar ahli shaklee

Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)

Mengapa mesti memilih Shaklee
Mendapat Kelulusan KKM
Tiada Kesan Sampingan
Terbukti Berkesan
Terbukti Semulajadi
Terbukti Selamat
Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang.

Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.

EMAIL : anashana155@gmail.com

P/S: Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga dan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam satu hari. Serlahkan kehidupan anda dengan Coenzyme Q10, penjana tenaga utama anda.

PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.

 

 

 

Comments

comments