Jenis Minuman Pengganti Air Putih

Jenis Minuman Pengganti Air Putih.

TIDAk ramai yang gemar minum air putih walaupun sedar akan kebaikan dan manfaat terhadap kesihatan tubuh badan. Tanpa warna dan rasa, membuatkan kita mudah bosan untuk meminumnya. Air berkarbonat yang berperisa dan berwarna pasti lebih menarik dan enak diminum berbanding air putih.

jenis minuman pengganti air putih

 

Selama ini, kita sering diingatkan supaya minum lapan gelas air putih sehari agar dapat mengurangkan masalah kembung perut, mencegah sakit kepala serta sebagai satu langkah yang baik untuk hindari penyakit dan kerutan pada kulit.

Berikut beberapa jenis air yang boleh diminum bagi menggantikan keperluan meminum air putih.

Jus Oren

Jus ini dapat membantu menghalang penyakit jantung. Antioksidan di dalam jus oren ini dapat melindungi diri dari radang yang boleh menyebabkan sakit jantung. Malah kepada mereka yang sering makan makanan segera yang diketahui mengandungi banyak radikal bebas dan kemudiannya minum jus oren ini dapat mengurangkan kadar radikal dalam tubuh badan.

jenis minuman pengganti air putih

Walaupun anda pengemar jus oren, pastikan juga kandungan gula di dalamnya agar tidak mengambil secara berlebihan, sekaligus akan menggalakkan penyakit lain pula. Biasanya terdapat 21 gram gula dan 122 kalori di dalam segelas jus oren. Oleh itu, berhati-hati ya!

Teh Chamomile

Percaya atau tidak teh chamomile boleh membuatkan kita berasa tenang? Mereka yang minum teh ini setiap hari selama dua bulan akan berasa lebih tenang, kurang cemas atau panik dan rasa gelisah. Bagi yang sering berasa gelisah hingga sukar tidur malam, cubalah minum secawan teh ini sebelum tidur.

mengawal asma secara semulajadi

Jus Kranberi

Jus kranberi berkhasiat untuk mencegah penyakit pada gusi dan jangkitan pada pundi kencing. Bahan semulajadi di dalam jus

jenis minuman pengganti air putih

ini membantu mencegah gusi dengan menghalang bakteria yang terdapat pada gigi serta di bawah gusi. Ia memberikan 39 peratus keperluan vitamin sehari, meningkatkan kadar kolesterol baik dab memelihara kesihatan pundi kencing.

Susu Coklat

Segelas susu coklat mengandungi banyak karbohidrat dan protein yang mampu memulihkan tenaga setelah melakukan pelbagai aktiviti ataupun olahraga. Menurut American College of Sports Medicine, golongan atlet yang mengamalkan minum susu coklat biasanya memiliki otot yang lebih sihat berbanding atlet yang hanya minum air sahaja.

jenis minuman pengganti air putih

Susu coklat juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan keletihan serta dapat menjaga perut agar tetap rata.

Teh Hijau

Teh hijau semua orang tahu dapat membantu memelihara berat badan. Kandungan polifenol di dalam teh hijau dapat meningkatkan metabolisme tubuh sehingga memudahkan pembakaran lemak.

jenis minuman pengganti air putih

Selain itu, teh hijau juga kaya dengan antioksidan yang diketahui dapat membantu menghalang penyakit jantung dan kanser. Cuba tambahkan ais ke dalam teh hijau untuk rasa yang lebih segar!

Jus Tomato

jenis minuman pengganti air putih

Jus tomato diketahui dapat menurunkan risiko kanser. Ia kaya dengan vitamin B dan likopen yang dapat membantu menghalang kanser. Apa itu likopen? Likopen atau lycopene adalah pigmen karotenoid, iaitu fitokimia yang terdapat di dalam sayuran dan buah.

Likopen banyak terdapat dalam sayuran dan buah yang berwarna cerah seperti merah, kuning dan oren. Contoh makanan yang banyak mengandungi likopen ialah tomato, jambu , anggur ungu dan betik. Likopen memiliki sifat antioksidan sehinggakan sangat bermanfaat melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. Likopen juga bermanfaat mengurangi inflamasi, menjaga kesihatan mata dan menjaga kesihatan kulit.

Teh Hitam

Satu lagi minuman yang boleh membantu melindungi dari kanser adalah teh hitam. Minuman klasik ini merupakan sumber flavanoid iaitu antioksidan yang mengandungi khasiat yang baik untuk menghalang kanser.

jenis minuman pengganti air putih

Menurut hasil kajian, minum secawan teh hitam setiap hari dapat menurunkan risiko menghidap sel kanser sehingga 30 peratus. Teh hitam baik diminum panas mahupun sejuk. Ia juga baik untuk merawat kulit.

Sebenarnya banyak minuman lain yang boleh menggantikan air putih dan dalam masa yang sama mempunyai khasiat dan manfaat untuk kesihatan.

jenis minuman pengganti air putih

Pengambilan sup juga membantu meningkatkan jumlah pengambilan cairan ke dalam tubuh badan kita. Jika dibandingkan dengan hidangan yang bergoreng, makan sup lebih menyihatkan kerana menggunakan sedikit sahaja minyak untuk menumis. Sup mudah dicerna dan mengandungi gizi yang seimbang dari sayuran dan daging.

Bagi yang sedang menjaga berat badan, sup menjadi pilihan utama kerana ia cukup mengenyangkan. Anak-anak juga biasanya lebih gemarkan hidangan sup dan sup juga menjadi makanan sebagai penghangat badan ketika cuaca sejuk.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

comments