Kaki Rasa Seperti Terbakar.
Kaki rasa seperti terbakar, tidak boleh pijak lantai,bergeser dengan kain atau selimut pun boleh menyebabkan sakit yang tidak terkata. Itulah GOUT. Penyakit yang semakin ‘garang’ menyerang rakyat Malaysia.
Namun, bukan semua peka perihal ini. Jom, kita sama-sama cuba menjawab soalan kuiz untuk mengetahui siapakah yang berpotensi dan apa yang perlu dielak bagi pesakit gout.
1. Hanya orang lelaki boleh terkena penyakit gout.
A) Betul
B) Salah
(B) Salah. Gout menyerang mangsanya tanpa mengira jantina. tetapi ia lebih sering berlaku kepada lelaki. Biasanya gout menyerang lelaki pada usia pertengahan dan wanita selepas menopaus.
Sangat jarang sekali gout berlaku pada individu yang berusia bawah 30 tahun. Tetapi jika ia terjadi, gout tersebut berkemungkinan boleh menjadi lebih parah.
2. Apakah jenis deposit dalam badan yang menyebabkan gout?
A) Kolesterol
B) Asid Urik
C) Lemak
D) Kalsium
(B) Asid urik ialah bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Biasanya badan kita akan membuang bahan ini melalui urin. tetapi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak terurai dan berkumpul di bahagian sendi. Inilah sebab mengapa mereka akan mendapat serangan gout.
3. Apakah tanda-tanda gout bakal menyerang?
A) Rasa semut-semut pada kaki
B) Sakit kepala
C) Masalah pencernaan
(A) Rasa semut-semut atau kebas pada kaki. Ramai penghidap gout mengakui mereka akan berasa kebas atau semut-semut di bahagian kaki sebelum serangan gout berlaku.
Kesakitan ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan biasanya akan membuatkan pesakit terjaga di tengah malam. Sendi yang terkena serangan gout biasanya akan kemerahan, membengkak, rasa panas dan sakit apabila disentuh.
4. Gout boleh dikesan dengan melakukan ujian darah
A) Betul
B) Salah
(B) Salah. Ujian darah hanya boleh menentukan tahap asid urik dalam badan seseorang tetapi itu sahaja tidak cukup untuk mengesahkan bahawa individu tersebut menghidap gout. Individu normal yang tidak mempunyai masalah gout juga kadangkala mempunyai kandungan asid urik yang sangat tinggi dalam badan.
Jadi, untuk benar-benar memastikan seseorang itu mempunyai masalah gout, cecair pada bahagian sendi yang sakit perlu disuntik keluar untuk memastikan terdapat cecair ketulan asid urik seperti kristal.
5. Gout biasanya menyerang
A) Ibu jari kaki
B) Pergelangan tangan
C) Buku lali
D) Kesemua diatas
(D) Kesemua diatas. Bahagian badan yang paling mudah diserang gout ialah ibu jari kaki. Tetapi ia juga boleh menyerang bahagian pergelangan tangan dan kaki,lutut, siku atau mana-mana sendi lain.
6. Mengapa gout popular dengan nama ‘sakit raja’?
A) Kerana ia penyakit keturunan
B) Kerana ia dijumpai oleh doktor diraja
C) Kerana berkaitan dengan makanan-makanan ‘kaya’.
(C) Seseorang individu mungkin mewarisi penyakit gout daripada keluarganya tetapi ia bukanlah punca mengapa penyakit ini digelar penyakit ‘raja”. Menurut sejarah, gout dikaitkan dengan makanan mewah yang hanya mampu dimakan oleh orang kaya dan golongan raja.
Oleh itu, dari situlah bermulanya panggilan ‘penyakit raja’ untuk sakit gout ini.
7. Apabila serangan gout berlaku,apa yang boleh kita lakukan untuk melegakannya?
A) Lakukan regangan ringan
B) Tuam dengan air batu
C) Sapukan minyak panas
D) Balut kawasan yang sakit
(B) Jika mampu bertahan dengan tekanan sakit tersebut, anda boleh tuam air batu di kawasan yang terkena serangan gout untuk melegakannya.
8. Makanan yang manakah mampu mencetuskan penyakit gout?
A) Sardin dan ikan bilis
B) Pasta dan nasi
C) Buah-buahan dan sayur-sayuran
D) Kekacang
Makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi boleh meningkatkan kandungan asid urik dalam darah yang boleh menyebabkan serangan gout. Beberapa jenis makanan laut seperti sardin dan ikan salmon mengandungi kandungan putin yang tinggi.
Mungkin sukar untuk mengelakkan sepenuhnya daripada mengambil makanan jenis ini. Jangan risau! Mereka yang menghidap penyakit gout boleh cuba untuk mengurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan serangan gout.
Apa fungsi vitamin dalam mengawal penyakit Gout?
Pengambilan vitamin secara teratur dan konsisten dapat membantu pesakit gout mengurangkan keradangan dan menghalang pertambahan urik asid di dalam darah.
- B-Complex ~ mengawal kadar metabolisme urik asid di dalam darah.
- Vitamin C ~ membantu mengurangkan penghasilan urik asid. Selain itu, tingkatkan pengambilan serat fiber untuk membantu pembuangan asid.
- Omega 3 ~ mengurangkan keradangan yang disebabkan urik asid kristal di dalam teko.
- GLA ~ mengurangkan keradangan
- Resveratrol dan Curcumin ~ anti inflamasi. membantu melindungi dan membina tisu-stisu yang rosak.
- Kalsium, Manesium,Boron, Cooper ~ mengandungi mineral yang sangat penting untuk menghalang daripada tulang cepat rosak.