Penyelidik Harvard School of Public Health mendapati, dalam tempoh dua jam selepas anda melepaskan kemarahan, risiko serangan jantung meningkat lima kali ganda dan strok pula empat kali ganda. Dr. Murray Mittleman, pengarah epidemiologi kardiovaskular di Harvard menyatakan, marah mengubah fisiologi dengan meninggikan kadar degupan jantung dan pernafasan, mengecutkan salur darah dan meninggikan tekanan darah.