Kebaikan Telur Sumber Protein

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO), pada tahun 2015 pengeluaran telur seluruh dunia telah mencapai 70.4 juta tan metrik. Walaupun kos makanan lain telah melonjak tinggi harganya, makanan mampu-milik yang menjadikannya salah satu tawaran terbaik antara makanan protein berkualiti tinggi.

Namun, ada yang menyatakan dengan mengambil telur dalam makanan akan menambah lagi risiko seseorang itu untuk diserang penyakit kronik.

kebaikan telur sumber protein

“Seperti yang semua orang sedia maklum, telur adalah merupakan salah satu sumber protein dalam makanan. Kalau dalam tumbuhan kita boleh dapat protein daripada sumber kekacang seperti kacang dal, kacang buncis. Manakala sumber haiwan pula kita boleh dapat sumber protein darpada susu, telur, daging dan makanan laut.

Bezanya, telur merupakan sumber protein paling murah dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Kandungan protein di dalamnya mungkin tidak setinggi kandungan protein dalam daging dan sebagainya, namun ia sudah cukup untuk membekalkan nutrien buat tubuh.

Jadi sangatlah tidak adil untuk kita salahkan telur bagi penyakit-penyakit yang dialami oleh masyarakat masa kini,” jelas Dr Norimah A.Karim, Ketua & Professor Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengikut “Malaysian Dietry Guidelines’ yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jika seseorang individu itu bebas daripada penyakit hiperkolesterolemia atau kolesterol tinggi dalam darah, dia boleh mengambil sebiji telur setiap hari.

Tetapi jika seseorang individu itu mempunyai masalah kolesterol, dia dinasihati untuk mengambil telur hanya 3 biji seminggu. Jumlah itu sama bagi kanak-kanak seawal usia 2 tahun sehinggalah orang dewasa.

Dr Norimah memberitahu tiada sesiapa pun akan mendapat penyakit hanya disebabkan makan telur. Tetapi jika seseorang individu itu mempunyai penyakit kronik, dia perlu berjaga-jaga bukan hanya dengan telur ,malahan dengan makanan lain yang diambilnya.

Apa Kaki Gim Perlu Tahu Mengenai Protein? (klik)

Telur Kampung Vs Telur Bandar

Banyak telur yang dijual di pasar raya menyatakan mempunyai kandungan Omega 3 dan rendah kolesterol. Ada juga penjual mendakwa telur ayam kampung mempunyai lebih khasiat daripada telur yang dibeli di kedai. Sebenarnya, tiada kajian yang pernah dijalankan boleh membuktikan apa yang dikatakan oleh si penjual itu betul atau tidak.

kebaikan telur sumber protein

 

“MUNGKIN telur ayam yang didakwa mempunyai lebih banyak nutrien itu, ayam yang menghasilkan telur diberikan formula makanan yang istimewa. Jika ayam tersebut makan makanan yang kaya dengan vitamin, apabila ia bertelur maka telur yang dihasilkan juga MUNGKIN mempunyai khasiat yang sama.Oleh sebab itulah, telur-telur sebegini dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Telur ayam kampung atau bandar, sama sahaja. Ayam mungkin berbezakerana ayam kampung banyak berjalan jadi ia lebih liat dan kurang lemak menjadikannya protein yang lebih sihat berbanding ayam yang dibiakkan dalam reban, jelas Dr Norimah.

Amal Formula ‘BMV’ (Balanced, Moderate and Variety!)

kebaikan telur sumber protein

Jika ingin tubuh sihat dan tidak mahu diserang sebarang penyakitkronik, selain bersenam, amalkan pemakanan yang sihat dan cuba ikut formula ini.

  1. Balanced bermakna seseorang individu perlu ambil makanan daripada semua kumpulan yang terkandung dalam piramid makanan.

2. Moderate, bersederhanalah apabila makan. Contoh mudahnya begini,kalau kita amalkan diet tinggi protein                tanpa mengambil makanan lain, bahaya untuk kesihatan kita.

Kalau kita amalkan diet tanpa protein dengan menggantikannya dengan makanan lain, ia sama bahaya untuk            kesihatan kita. Yang nyata, makanan yang diambil haruslah cukup kuantiti protein, karbohidrat dan mineral lain          supaya ia boleh membekalkan nutrien yang sempurna kepada tubuh.

3.Variety pula pelbagaikan hidangan dalam makanan. Kalau kita hendak ambil kesemua jenis protein dalam satu          hidangan, pastinya kita tidak mampu. Jadi, jalan mudahnya pelbagaikan makanan supaya badan dapat                      menyerap nutrien-nutrien penting yang terdapat dalam makanantersebut dengan sempurna.

 

4 Cara Memilih Telur Yang Segar

  • Rendam dalam air

Telur yang masih elok akan terendam ke dasar cawan. Jika ia sudah disimpan selama seminggu telur akan tenggelam dengan posisi yang sedikit senget. Tetapi telur yang sudah rosak akan terapung sepenuhnya kerana rongga udara yang terdapatdi dalam telur semakin banyak.

kebaikan telur sumber protein

  • Lalukan telur pada cahaya

Jika telur itu masih segar, ruang udara yang terdapat di dalamnya kecil. Tetapi jika ia sudah kurang segar, ruang udara akan semakin membesar.

  • Periksa kulit telur

Perhatikan sekeliling kulit telur, jika ia mempunyai butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar, ia masih segar.

  • Perhatikan kuning telur

Kuning telur yang masih segar bentuknya lebih cantik kerana mebran di dalamnya masih banyak. Jika sudah kurang segar, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan lebih mudah terlerai.

kebaikan telur sumber protein

P/S:Cara terbaik untuk menikmati telur ialah dengan merebus atau menggunakan teknik ‘poaching’ kerana teknik ini tidak menggunakan minyak. Sekaligus menjadikan hidangan ini lebih sihat!

5 Tanda Anda Perlukan Lebih Protein! (klik)

 

 

Comments

comments