Kekalkan Kesihatan Kulit ~ 10 Petua Penting

This post is also available in: enEnglish (English)

Kekalkan Kesihatan Kulit.

Meskipun kita boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah,namun itu hanyalah bersifat sementara. Malahan tiada jaminan, yang barangan penjagaan kulit tersebut dapat meresap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kesan seperti yang dijanjikan. Bagaimana cara nak kekalkan kesihatan kulit? Di sini kami berikan 10 petua penting yang boleh kita sama-sama amalkan untuk kulit yang kekal sihat dan berseri.

10 Petua Penting Kekalkan Kesihatan Kulit.

1# Apa yang Kita Makan itu Penting

Makanlah buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta karotena dan Vitamin C, E dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Apabila kita tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, pengambilan suplemen sangat disarankan untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.

 

2# Berikan Saya H2O!

SANGAT BENAR,pengambilan air yang mencukupi dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air. Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi lebih gebu, kedutan menjadi kurang jelas dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara effektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, sihat dan lembap.

kekalkan kesihatan kulit

3# Bagaimana Posisi Tidur Anda?

Bagaimana cara kita tidur sebenarnya memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal, boleh menyebabkan kedutan serta kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun, tidur dengan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.

kekalkan kesihatan kulit

4# Adakah Sinaran Matahari Baik untuk Kulit Saya?

Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakkan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika perlu keluar, gunakanlah krim perlindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit anda daripada dirosakkan oleh sinaran matahari.

kekalkan kesihatan kulit

5# Melembap, Melembap dan Melembap!

Tingkatkan penggunaan pelembap dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembap,
ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.

kekalkan kesihatan kulit

 

6# Tidur Nyenyak (Sleping Beauty)

Semasa kita tidur dengan nyenyak, paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkarkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti dan menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.

kekalkan kesihatan kulit

 

NUTRIEN PENTING KULIT CANTIK BERSERI (klik)

 

7# Singkirkan Stres

Tekanan atau Stres menyebabkan tubuh bertindak balas dan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semulajadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat serta memberikan kulit yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.

kekalkan kesihatan kulit

8# Hindari Sentuhan Tangan

Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Amat digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila menggosok mata, mengusap dagu atau di saat menekup pipi.

kekalkan kesihatan kulit

9# Melampaui Usia Sebenar

Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibroblas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan memperbaiki keanjalan kulit.

kekalkan kesihatan kulit

10# Senaman Muka

Wajah kita mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Berikut ialah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit lebih tegang, anjal dan gebu.

1. Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
2. Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
3. Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
4 Buka mata dan mulut sebesar yang anda mampu. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang

5 Ulanginya 3 kali setiap hari.

kekalkan kesihatan kulit

COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang.
Penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia.
 
 
P/S: Kekalkan kesihatan kulit kita. Serlahkan kecantikkan kulit dari dalam.
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di lama ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnosis apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar kesihatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Comments

comments