“LORR…Aku sihat lagi ni, buat apa nak buat pemeriksaan kesihatan? Ala nanti-nanti laaa, aku banyak kerja ni. Lagipun aku ni penakut kat jarum, Nanti kena cucuk baru tau.”

APABILA bercakap tentang pemeriksaan kesihatan ramai yang memberi pelbagai alasan. Sedangkan, dalam kadang-kadang sihat kita ni, ada ‘sakit’
yang tersembunyi. bukan nak takutkan, tapi masih ramai sebenarnya kurang sedang kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan diri.

Pemeriksaan kesihatan sangat penting dalam membantu kita mengesan simptom dan risiko awal sebarang penyakit. Oleh itu, mudahlah kita merancang langkah pencegahan atau memilih rawatan yang bersesuaian.

“Umumnya, kita digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan sekali dalam setahun bermula usia 40 tahun dan ke atas. Tetapi, jika kita mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kronik, adalah lebih baik membuat pemeriksaan kesihatan pada usia yang lebih muda. Maklumlah, zaman sekarang orang muda pun mudah terkena penyakit-penyakit kronik.”

Sebelum ini, konsep perubatan ialah apabila kita jatuh sakit dan diberikan ubat. Namun sekarang, konsepnya telah berubah yang mana kita perlu cegah sebelum mendapat sesuatu penyakit. Oleh itu, kos perubatan juga akan turut menjadi lebih murah dan lebih mudah rawatan dilakukan sekiranya penyakit dapat dikesan lebih awal.

Contohnya, jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal penyakit tersebut bagi mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung.

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Walaupun keputusan pemeriksaan kesihatan adalah normal,kita tidak seharusnya memandang remeh dan mengabaikan langkah berjaga-jaga. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan selalu bagi mengenal pasti sebarang masalah kesihatan yang mungkin muncul pada bila-bila masa.

“Jangan sesekali menangguhkan pemeriksaan kesihatan lagi kerana rawatan awal dan pengurusan penyakit yang baik akan menjamin kesejahteraan kesihatan kita. Malah ia juga dapat mengelak daripada sebarang komplikasi yang lebih serius.”

Ramai yang salah faham tentang pemeriksaan kesihatan ini.
  1. Ramai yang beranggapan mereka perlu sakit dulu baru pergi buat pemeriksaan kesihatan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakan penyakit tidak mempunyai sebarang simptom sehinggalah ia sudah berada di tahap yang kronik.
  2. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai keturunan mengidap sebarang penyakit. Oleh itu, mereka tidak berisiko untuk mendapat penyakit tersebut. Gaya hidup masa kini yang tidak sihat, adalah tidak mustahil untuk kita boleh mendapat penyakit walaupun tanpa sebab faktor keturunan.
  3. “Pemeriksaan kesihatan memerlukan kos yang tinggi.” Ini adalah di antara tanggapan sebilangan individu. Namun demikian, kebanyakkan hospital, klinik dan makmal kesihatan ada menyediakan pakej pemeriksaan kesihatan yang sangat ekonomi.

P/S: “Hendak ukur kesihatan kita hari ini, lihatlah apa yang kita makan 10 tahun yang lepas. Hendak ukur kesihatan kita 10 tahun akan datang, lihatlah apa yang kita makan hari ini.” Professor Dr Muhaya Mohamad

 

 

Comments

comments