Keputihan boleh membawa kepada penyakit kanser?

Rasa gatal-gatal pada alat kelamin atau faraj (vagina) adalah salah satu masalah utama yang sering berlaku pada wanita. Faktor kebersihan yang tidak di ambil peduli adalah salah satu penyebab kegatalan. Kebanyakkan kaum wanita berasa malu untuk berjumpa dengan doktor apabila mereka menghadapi masalah demikian.Bagaimana keputihan boleh membawa kepada penyakit kanser?

itchy vagina

Janganlah pandang remeh jika kemaluan gatal!

Hampir separuh kaum wanita sebenarnya menganggap masalah gatal-gatal faraj (vagina) berlaku seiiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid.

Masalah jangkitan faraj berlaku pada wanita tanpa mengira usia dan latar belakang, sama ada yang sudah berumahtangga dan juga gadis remaja. Walau bagaimanapun, masih ramai yang kurang berpengetahuan perihal jangkitan faraj ini dan ia boleh mengundang penyakit yang merbahaya seperti kanser servik (rahim) jika tidak rawat dengan segera.

6 Bahaya Masalah Keputihan

  1. Menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim
  2. Penyakit keputihan yang tidak mendapat rawatan dalam jangka masa yang lama adalah lebih sukar untuk diberi rawatan. Ini adalah tindakbalas penambahan kekuatan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal yang diberikan kepada pesakit.
  3. Boleh menyebabkan penyakit kanser rahim (servik) yang membawa kepada kematian jika terlalu lewat mendapatkan rawatan.
  4. Jangkitan yang bermula daripada bahagian faraj (vagina), boleh menyebabkan jangkitan sekunder di mana kuman tersebut boleh masuk ke dalam saluran darah akibat pesakit menggaru hingga luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan perlukan rawatan rapi.
  5. Masalah keputihan akan menjadi lebih kronik akibat jangkitan di faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan seterusnya ke saluran pengeluaran telur (fallopian tube). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan juga pendarahan yang berlebihan yang mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
  6. Wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius serta mengancam nyawa.

7 Khasiat Bawang Putih Yang Perlu Kita Tahu (KLIK SINI)

Comments

comments