Kesan Sampingan Bila Makan Pil Perancang

Pil perancang atau pil kontraseptif dilihat sebagai kaedah mencegah kehamilan yang paling popular di kalangan wanita Malaysia berbanding kaedah implan atau suntikan. Walaupun secara umumnya ia adalah selamat untuk diamalkan, namun terdapat beberapa kesan sampingan bila makan pil perancang pada awal pengambilannya.

Antara kesan sampingan bila makan pil perancang ialah:

1. SPOTTING / PENDARAHAN

Menurut sumber, 50% daripada pengguna pil perancang akan mengalami pendarahan vagina pada luar waktu jangkaan haid. Antara faktor penyebabnya adalah disebabkan reaksi tubuh yang cuba menyesuaikan diri dengan kadar hormon yang berbeza.
Ketika berlakunya pendarahan, pil perancang masih efektif asalkan ia diambil dengan cara yang betul dan tiada dos yang ditinggalkan.

Sungguhpun pendarahan boleh berlaku secara on-off dalam masa 3 bulan setelah bermulanya pengambilan pil perancang, wanita yang mengalami pendarahan ringan selama 5 hari atau pendarahan teruk selama 3 hari disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor tentang keserasian pil yang diambil. Namun lazimnya 90% daripada masalah ini akan selesai selepas pengambilan pek pil perancang yang ketiga.

2. MISSED PERIOD

Berbeza daripada kesan sampingan di atas, ada wanita pula yang langsung tidak datang haid pada waktu yang sepatutnya. Kalau ada pun, hanyalah beberapa titik yang sangat sedikit.

Sungguhpun haid juga boleh terjejas disebabkan stres, sakit, travel, atau masalah kesihatan seperti tiroid, pengambilan pil perancang juga boleh menjadi punca kepada masalah ini. Untuk kepastian, lakukan pemeriksaan kehamilan pada bulan berikutnya dan tanyakan pada doktor jika haid anda masih tidak normal.

3. MUAL / LOYA

Ada yang berasa loya setelah mengambil pil perancang yang pertama. Namun simptom selalunya akan berkurang selepas beberapa ketika.

Mengambil pil perancang dengan bersama sedikit makanan atau ketika masuk tidur mungkin dapat membantu anda yang mengalami masalah ini.

Walaubagaimanapun, jika loya bertambah serius sehingga menyebabkan muntah-muntah yang teruk, sila dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan pil perancang yang berikutnya.

4. RASA BENGKAK PADA PAYUDARA

Bagi sesetengah wanita, pengambilan pil perancang boleh menyebabkan payudara terasa besar dan bengkak. Sepatutnya, dalam masa beberapa minggu, kesan sampingan ini akan semakin menghilang.

Antara langkah yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ini adalah dengan mengehadkan pengambilan kafein dan garam serta memakai bra yang sesuai untuk memberi lebih sokongan.

Jika kesakitan berlarutan dan terasa seperti ada ketulan, pastikan anda tidak teragak-agak untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

5. SAKIT KEPALA

Menurut sumber, hormon seks memiliki kesan yang boleh menyumbang kepada sakit kepala dan migrain. Setiap jenis pil dan dos hormon tertentu yang terkandung di dalamnya boleh memberi simptom sakit kepala yang berbeza.

Jika sakit kepala masih berterusan dan bertambah teruk, bertanyalah pada doktor sama ada anda patut mempertimbangkan alternatif perancang yang lain.

Rasa mual, pening, loya, dan pitam adalah tanda-tanda tekanan darah rendah

6. PENAMBAHAN BERAT BADAN

Secara klinikalnya, tiada perkaitan yang konsisten mengaitkan penggunaan pil perancang dengan kenaikan berat badan yang mendadak.
Tetapi ramai yang mengambilnya melaporkan masalah fluid retention atau ‘bengkak air’ pada bahagian payudara dan pinggang.

Selain itu, pembengkakan kornea mata boleh juga terjadi di mana kanta lekap tidak dapat lagi muat pada tempatnya. Jadi bagi pemakai contact lens, ambil perhatian jika anda berasa perubahan pada jarak pandangan dan ketidakselesaan.

7. DISCAJ PADA VAGINA

Discaj seperti keputihan atau lendiran mungkin akan bertambah atau berkurang berbanding hari-hari biasa.

Umumnya, discaj ini tidaklah merbahaya. Tetapi ia boleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Penjagaan kebersihan amat penting agar sebarang jangkitan boleh dielakkan.

8. PERUBAHAN MOOD / KEINGINAN SEKSUAL

Disebabkan kurangnya lendiran atau discaj pada vagina, keinginan seksual atau hubungan suami isteri boleh terjejas.

Dalam kes terpencil, sebahagian wanita turut melaporkan masalah gangguan emosi disebabkan perubahan hormon setelah mengambil pil perancang. Maka sekiranya anda pernah mengalami masalah depresi, jangan lupa untuk memberitahunya kepada doktor anda.

9. MERAWAT MASALAH JERAWAT

Pil perancang boleh membantu merawat masalah jerawat kerana pil ini akn mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa yang sama, doktor juga akan menasihatkan agar kita sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan kulit serta menggunakan krim anti jerawat untuk menyembuh masalah ini.

10. MENGURANGKAN KANSER OVARI

Kajian di ‘The Royal College of General Practitioners’ pada tahun 2010 terhadap 46,000 wanita mendapati bahawa pil perancang mampu mengurangkan dua belas peratus risiko kanser dan lebih rendah untuk mendapat kanser, strok atau penyakit jantung. Menurut pakar perubatan, sehingga kini tiada kajian kukuh yang mengatakan pil perancang boleh menyebabkan kanser payu dara.

ANTARA TANDA YANG PERLU DIPANTAU SEGERA

Jika terdapat tanda-tanda ini, pastikan anda berjumpa doctor dengan segera sebelum meneruskan pengambilan pil perancang setiap hari.

i) Sakit perut / abdomen
ii) Sakit dada / sesak nafas
iii) Pening / sakit kepala yang melampau
iv) Masalah penglihatan / kekaburan
v) Bengkak, kemerahan, atau kesakitan pada kaki dan peha

Walaupun kini pil perancang boleh didapati dengan mudah di farmasi, pastikan anda berbincang dengan doktor untuk memastikan kesesuaian pil perancang yang diambil. Doktor akan memeriksa kondisi kesihatan anda, sejarah alahan, latarbelakang penyakit yang dihidapi oleh keluarga, dan lain-lain keperluan.

Dengan mengambil kira semua faktor ini, anda mungkin dapat mengurangkan risiko kesan sampingan yang dialami daripada pengambilan pil perancang yang dipreskripsikan.

kesan sampingan bila makan pil perancang

” Saya alami period yang non stop. Sekarang tengah under fertility treatment kat hospital. Doktor bagi ubat. Lepas makan ubat tu la jadi nya period yang over flow. Ada cadangan tak suplemen apa yang boleh nak bagi hormon stabil semula? “

kesan sampingan bila makan pil perancang

COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang.
Penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia.
 
 
P/S: Dapatkan nasihat dari pakar perubatan mengenai pil perancang atau kaedah mencegah kehamilan jika mempunyai kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi atau risiko penyakit lain.
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di lama ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnosis apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar kesihatan yang bertauliah terlebih dahulu.

 

 

Comments

comments