Apa yang perlu kita tahu tentang KOLESTEROL? Ia satu perkataan yang sangat tidak asing pada pandangan dan pendengaran kita. Akhbar, majalah malah ada menu di restoran turut memaparkan makanan dan minuman rendah kolesterol. Namun, sejauh mana pengetahuan kita tentang kolesterol dan kesihatan jantung?

JOM! Kita sama-sama jawah kuiz dibawah dan lihat.

1. 

Lebih rendah tahap kolesterol kita, maka lebih kurang risiko untuk kita terkena serangan jantung.

A. Betul

B. Salah

C. Betul dan Salah

Jawapan: C – Risiko penyakit jantung lebih rendah sekiranya kolesterol Low Density Lipoprotein (LDL) rendah. Bagaimanapun, risiko terkena penyakit jantung adalah lebih tinggi jika paras kolesterol High Density Lipoprotein (HDL) rendah.

2. 

Produk yang tertulis ‘Rendah Kolesterol’. Ia merupakan produk yang selamat dimakan.

A. Betul

B. Salah

Jawapan: B – Terlalu banyak produk makanan yang tertera ‘Rendah Kolesterol’. Sebenarnya ia adalah minyak tepu, Lemak ini mengandungi tinggi kalori. Kolesterol dan lemak adalah berbeza. Kolesterol hanya ada pada haiwan seperti daging,telur, susu, mentega dan sebagainya.

3. 

Umur terbaik untuk membuat pemeriksaan kolesterol ialah 50 tahun. Ini kerana umur tersebut paling mudah terkena serangan jantung.

A. Betul

B. Salah

Jawapan: B – Umur yang paling sesuai ialah 20 tahun. Ini kerana penyakit jantung koronari berlaku secara perlahan-lahan bermula sejak usia muda.

4. 

Kolesterol bukanlah satu-satunya punca penyakit jantung.

A. Betul

B. Salah

Jawapan: A – Merokok juga antara punca penyakit jantung. Jika anda berhenti merokok hari ini, risiko terkena penyakit jantung lebih rendah dalam masa empat tahun akan datang. Ubahlah gaya hidup dan dapatkan pemeruksaan kesihatan secara berkala.

5. 

Risiko penyakit jantung pada wanita adalah rendah.

A. Betul

B. Salah

Jawapan: B – Penyakit jantung ialah punca kematian lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, wanita berisiko mendapat penyakit jantung selepas menopaus kerana jantung mereka dilindungi oleh hormon estrogen sebelum itu.

6. 

Tiada kolesterol dalam mentega kacang.

A. Betul

B. Salah

Jawapan: B – Kolesterol hanya terdapat dalam produk haiwan. Makanan daripada tumbuhan tidak mengandungi kolesterol. Namun, mentega kacang mengandungi tinggi lemak.

7. 

Saya makan banyak ikan berbanding daging untuk kurangkan kolesterol.

A. Betul

B. Salah

Jawapan: A – Kebanyakkan ikan mengandungi kurang lemak berbanding daging merah. Udang dan udang karang lebih tinggi kolesterol tetapi masih rendah lemak. Hadkan pengambilan daging, ikan atau ayam.

8. 

Yang manakah antara makanan berikut mengandungi tinggi kolesterol?

A. Scrambled egg

B. Juicy filet mignon

C. Satu skop aiskrim

Jawapan: C – Setiap satu skop aiskrim mengandungi 11 gram lemak tepu iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi daripada telur dan stik. INGAT! Lebih banyak lemak tepu, semakin tinggi kolesterol ‘jahat’.

9. 

Orang kurus tidak perlu risau mengenai kolesterol

A. Betul

B. Salah

Jawapan: B – Walaupun anda memiliki tubuh yang sangat fit tidak bermakna bebas daripada kolesterol. Kolesterol bergantung sepnuhnya kepada sumber yang dimakan.

 

Comments

comments