11 Makanan Yang Menyokong Proses Detoks.

SUDAH pasti anda telah banyak membaca tentang kebaikan detoks. Seterusnya, anda tentu ingin mengalaminya sendiri bukan?Apakah makanan yang menyokong proses detoks? Umum mengetahui detoks adalah langkah yang permulaan yang penting untuk mencapai kesihatan yang terbaik.

Mungkin kita sedang fokus untuk kurus, meningkatkan tenaga, melegakan kembung perut atau sembelit, mengawal nafsu makan, mengurangkan tekanan, menguatkan sistem imun atau memperbaiki kesihatan kulit.

Bagaimana hendak mulakan proses detoks ni?

Berikan sokongan nutrisi yang betul untuk organ detoks dan bebaskan tubuh kita daripada radikal bebas, toksin serta semua perkara yang tidak sihat.

Apakah nutrisi yang diperlukan dalam diet kita nanti?

Berikut adalah 11 makanan yang menyokong proses detoks. Makanan ini adalah termasuk di dalam senarai untuk permulaan hidup yang sihat.

 #1 Milk Thistle

Milk Thistle adalah teman baik kepada hati kita. Ia membantu menyihatkan hati dengan menuetralkan radikal bebas, membaiki kerosakkan sel-sel hati serta melindungi sel-sel hati yang baru dari rosak yang disebabkan oleh toksin yang sama.

Bagaimana Milk Thistle boleh jadi teman baik hati kita?

Silymarin adalah campuran flavonoid yang berasal dari benih Milk Thistle. Ia bertindak sebagai antioksidan dan bertindak menghalang dari merosakkan sel-sel. Silymarin membantu meningkatkan tahap glutathione dalam hati serta berfungsi untuk membantu tubuk menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan. Ini termasuklah ubat-ubatan yang diperolehi dari kaunter seperti acetaminophen.

Di samping itu, flavonoid yang terdapat di dalam Milk Thistle menggalakkan pengeluaran protein untuk mencipta sel-sel hati yang baru bagi menggantikan yang sudah rosak. Oleh kerana itu, Milk Thistle banyak digunakkan untuk merawat pesakit yang menghidap hepatitis serta sirosis iaitu kerosakkan hati.

makanan yang menyokong proses detoks

Ada kajian menunujukkan bahawa Milk Thistle dapat menghalang penyakit Alzheimer, kanser usus besar dan kanser prostat. Cuba kita bayangkan jika Milk Thistle ini mempu merawat penyakit yang lebih serius, tidak mustahil juga dapat membantu merawat organ hati dengan menggunakan kaedah penyahtoksidan yang biasa.

Penggunaan Milk Thistle ini sudah berabad lama sejak Zaman Purba Lama sehinggalah kepada Kerajaan Inggeris  abad ke-17 dan seterusnya Zaman Kedoktoran Amerika pada abad ke-20. Beratus kajian telah dijalankan bagi menyokong keberkesannya. Sudah tentu, Milk Thistle adalah sahabat sejati untuk hati kita!

#2 Dandelion

Adakah anda masih tercari-cari nutrisi yang boleh menyokong hati, buah pinggang,limpa dan pundi hempedu?

Sejak zaman purba lagi Dandelion telah digunakan di dalam perubatan traditional sebagai tonik buah pinggang dan hati. Contohnya pada zaman India kuno, Dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti demam kuning, sirosis dan penyakit hati. Didalam perubatan Cina pula, Dandelion adalah antara herba yang terbaik untuk merawat penyakit kencing manis, penyakit hati dan buah pinggang serta masalah sistem penghadaman.

makanan yang menyokong proses detoks

Apakah yang membuatkan Dandelion sangat terkenal?

Seperti Milk Thistle, Dandelion kaya dengan antioksidan. Ia mengandungi vitamin A,B,C,D,E dan beta-karotena termasuk mineral seperti zink, besi,kalium dan selenium untuk menyokong kesihatan hati.

Dandelion mengandungi unsur polisakarida yang sama ditemui dalam sesetengah spesis cendawan yang dikaitkan mempunyai sifat-sifat anti-tumor. Dandelion juga bertindak seperti julap untuk memperbaiki sistem penghadaman dan membuang toksin melalui air kencing.

#3 Schizandra Chinensis

Schizandra Chinensis, lebih dikenali sebagai “S.C”. Herba anti-stres ini sangat terkenal dalam perubatan Cina untuk merawat organ hati. Ujian makmal menunjukkan bahawa sebatian antioksidan “S.C” bermanfaat untuk lindungi hati dan sistem saraf yang kompleks di dalam badan. Ia juga berupaya merawat penyakit mental dan fizikal termasuk rawatan untuk penyakit kencing manis.

makanan yang menyokong proses detoks

Dalam kajian terbaru, atlet telah diberikan “S.C” telah mengalami penurunan paras kortisol hormon stres. Schizandra Chinensis boleh membantu meningkatkan keupayaan tubuh badan terhadap tekanan persekitaran, pendedahan toksin, kebimbangan, emosi dan penyakit mental.

Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh meningkatan jumlah lemak di dalam hati. “S.C” telah membuktikan boleh membantu mengurangkan aktiviti pengumpulan lemak di dalam hati, mencegah kecederaan dalam hati dan mengurangkan keradangan hati.

Bagi pesakit kencing manis pula, “S.C” bermanfaat untuk mengurangkan tahap glukosa selepas makan. Oleh itu, jadikanlah herba Schizandra Chinensis sebagai makanan yang menyokong proses detoks.

#4 Cendawan Reshi

Kaum Cina menggelarkan Cendawan Reshi sebagai “Cendawan Keabadian” dan “Herba Ajaib”! Dalam bahasa saintifik ia dikenali dengan nama “Ganoderma Lucidum”.

Antara kebaikan utama yang terdapat di di dalam Cendawan Reshi termasuklah keupayaan terhadap sistem imun, mempunyai sifat-sifat anti-oksida dan anti-histamine serta daya tahan sel hati dari jangkitan bakteria dan toksin.

makanan yang menyokong proses detoks

Apakah lagi kelebihan dan kebaikan Cendawan Reshi?

Cendawan Rishi mempunyai paras Polisakarida dan Triterpenes yang tinggi. Tubuh manusia menggunakan Polisakarida untuk tenaga. Ianya terkenal untuk meningkatkan fungsi hati, meningkatkan kesihatan usus, merangsang sistem imun,menguatkan sistem kardiovaskular dan bertindak sebagai agen melambatkan proses penuaan.

Triterpenes pula berkesan untuk rawatan anti-kanser, berfungsi sebagai sokongan sistem imun, hormon dan kawalan tekanan darah. Oleh sebab itu, tidak hairanlah Cendawan Reshi diberi penghargaan yang tinggi memandangkan manfaatnya diberikan melalui pelbagai cara.

#5 Curcumin

 

makanan yang menyokong proses detoks

Curcumin mungkin tidak semeriah namanya. Tetapi tahukah anda, Curcumin kerap digunakan dalam masakan India dan Asia? Ini kerana Curcumin merupakan bahan utama dalam rempah kunyit dan agen penting untuk warna kuning!

Walaubagaimanapun, khasiatnya bukan terletak pada warna dan rasa sahaja malah ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk tubuh dan otak kita.

Selain daripada ciri-ciri anti-radang dan antioksidan, Curcumin menyokong memori yang jelas dan kuat dengan meningkatkan tahap hormon di dalam otak untuk mencetus pertumbuhan nueron baru. Ia juga membantu mencegah pelbagai proses kemerosotan dalam otak.

#6 Artichokes

Kita mungkin tahu bahawa Artichokes adalah sejenis makanan yang boleh dimakan dalam tempoh yang singkat. Ini kerana Artichokes tergolong dalam kumpulan Thistle yang ditanam sebagai makanan dan hanya bahagian putik bunga sahaja yang boleh dimakan sebelum ianya kembang mekar.

Artichokes mempunyai khasiat yang tinggi dalam serat, asid folik, vitamin C dan vitamin K. Malah ia berada di kedudukan ke-7 untuk kebaikan antioksidan berbanding 1000 jenis makanan yang lain yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi.

makanan yang menyokong proses detoks

Adakah anda tahu bahawa Artichokes mempunyai hubung kait dengan hati dan detoks?

Organ hempedu memainkan peranan penting dalam proses detoks badan kerana ia mengangkut toksin dan bahan buangan daripada hati. Artichokes bertindak sebagai diuretik dan koleretik, dimana ianya menggalakkan penghasilan air kencing dan meningkatkan kelajuan apabila hempedu dirembeskan daripada hati.

Hempedu ini dihasilkan oleh hati. Ia akan disimpan di dalam pundi hempedu di antara waktu makan dan akan dikeluarkan apabila kita makan. Jika jumlah hempedu berkurangan, ia boleh menambah masalah penghadaman dan juga risiko kerosakkan sel hati dan penyakit hati.

Oleh yang demikian, Artichokes memainkan peranan yang besar jika kita ingin menambah hempedu dalam sistem tubuh terus mengalir. Artichokes juga dapat membantu pertumbuhan semula sel hati serta fungsi pundi hempedu!

#7 Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai ‘Bapa Makanan’. Oleh demikian, sudah pasti kita dapat agak betapa banyak khasiatnya!

Alfalfa adalah gudang kepada 300 jenis nutrisi apabila akar tunjangnya mencecah kedalam 6 meter. Akar tersebut akan mencari keluar vitamin dan mineral daripada dalam tanah. Alfalfa mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium,magnesium,fosforus,vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C dan ditambah sejumlah klorofil yang sangat tinggi.

Ada beberapa kajian klinikal mendapati bahawa Alfalfa menggalakkan pergerakan usus dan sistem penghadaman yang sihat. Ia juga membantu melawan kebimbangan dan menyahtoksin darah.

makanan yang menyokong proses detoks

#8 Daun Senna

SEMBELIT? Ohhh tidak! Ia adalah satu pengalaman yang tidak selesa dan bukanlah perkara yang kita suka bualkan. TETAPI, realitinya ia adalah perkara yang biasa dialami dan berulang kali terjadi.

Ia juga satu masalah kesihatan yang dialami apabila kurang mengambil makanan berserat dan tidak cukup minum air. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Malaysia 45.5% daripada subjek yang mempunyai isu-isu yang berkaitan sembelit dalam tempoh 5-15 tahun, 27.7% daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka telah mengalami sembelit!

makanan yang menyokong proses detoks

Kenapa kita harus bincang perihal sembelit ini?

Untuk pengetahuan semua, daun senna adalah herba kolon aktif yang boleh membantu masalah sembelit kerana ia bertindak sebagai julap semulajadi untuk menggalakkan kolon yang tidak aktif kembali bekerja.

Daun Senna juga bertindak berkesan untuk meningkatkan kekerapan pergerakkan usus dan mengurangkan sembelit.

#9 Polyphenols

Polyphenols adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuhan.

Bagaimana cara untuk kita perolehi kebaikan yang ada pada Polyphenols? Kebanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang merupakan makanan yang mempunyai kandungan Polyphenols yang tinggi. Oleh kerana itu, banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam pemakanan bagi memastikan tubuh kita dilindungi daripada radikal bebas, pengoksidaan dan keradangan!

makanan yang menyokong proses detoks

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan keradangan yang kronik termasuk pendedahan untuk jangka masa yang panjang terhadap tekanan, toksin alam sekitar, pengambilan nutrisi yang tidak seimbang, mikrob atau jangkitan virus. Kesan keradangan yang berpanjangan boleh merosakkan sel-sel dan membawa kepada penyakit metabolik, penuaan pramatang, penyakit jantung kronori dan aterosklerosis (pengumpulan plak dalam arteri).

Hasil kajian yang dijalankan di seleruh dunia, di dapati Polyphenols menawarkan pelbagai jenis manfaat kesihatan seperti;

  • Melindungi hati daripada penyakit kardiovaskular
  • Mengurangkan risiko penyakit neurodegenerative seperti Parkinson dan Alzheimer
  • Meningkatan kelembapan kulit untuk lebih anjal dan muda
  • Meningkatkan insulin

#10 Pudina

Pernakah anda mengalami sebu atau mungkin seperti seluar ketat?

Adakah perut anda sentiasa dalam kesihatan? Atau

Adakah anda berasa seperti ia membengkak atau mengembong seperti belon selepas makan?

Ini adalah tanda-tanda bahawa anda mengalami kekembungan! Jika tanda-tanda ini dialami dalam tempoh masa yang panjang atau kerap, ini bermakna anda memerlukan detoks.

Kekembungan selalunya terjadi disebabkan oleh senak akibat makan yang berlebihan serta penghasilan tahap cecair pencernaan dan enzim yang rendah. Ia biasanya terjadi kepada pesakit-pesakit yang menghidapai masalah usus dan sembelit.

Apabila perut mengembang keluar di luar lilitan biasa, ia ialah tanda yang jelas bahawa anda mengalami kembung perut. Ia bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa tetapi ia kurang elok dipandang.

makanan yang menyokong proses detoks

Pudina adalah penyelesaian yang terbaik untuk masalah kembung perut. Pudina membantu melegakan kekejangan otot dan membantu saluran pencernaan berehat supaya kita boleh melepaskan gas. Kajian klinikal juga menunjukkan bahawa Pudina mempunyai manfaat kesihatan yang lain seperti anti-mikrob dan anti-virus, berkeupayaan sebagai anti-oksidan dan anti-tumor yang kuat serta bertindak sebagai anti-alahan.

#11 Halia

Seperti Pudina, Halia adalah sumber terbaik untuk membantu mengatasi masalah kembung perut! Budaya India dan Asia telah beralih kepada halia untuk merawat ulser, penyakit gastrousus dan kembung. Secara tradisinya, halia biasa digunakan untuk merawat senak kerana ia merangsang pengeluaran air liur dan jus pencernaan untuk menenangkan perut dan usus.

makanan yang menyokong proses detoks

Dipercayai bahawa komponen-komponen halia yang aktif seperti gingerol menjadikan ianya ubatan yang terkenal untuk melegakan rasa loya dan muntah. Menurut beberapa kajian klinikal,disamping membantu menenangkan ketidakselesaan di saluran pencernaan, halia juga boleh mengurangkan gejala-gejala artritis.

Pudina dan Halia ialah makanan yang menyokong proses detoks sangat terkenal, amat berkesan dan remedi terbaik untuk penghadaman yang sukar!

makanan yang menyokong proses detoks

 

Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?

Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!

bagaimana cara daftar ahli shaklee

Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)

Mengapa mesti memilih Shaklee
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang

Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.

EMAIL : anashana155@gmail.com

P/S: Detoks merupakan langkah penting dalam memperolehi kesihatan keseluruhan yang lebih baik.

PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

comments