Pentingnya Melakukan Ujian Pap Smear
“Ngeri pula nak pergi buat ujian pap smear. Baru lepas bersalin dah nak kena buat pap smear ke? Alahai, malu pun ye juga. Agak-agak sakit tak?” keluh Puan Sue
Semua wanita terutama yang telah berkahwin sangat digalakkan untuk melakukan ujian pap smear. Apatah lagi bagi mereka yang aktif atau pernah aktif melakukan seks ketika dahulu.
Ujian ini sangat penting kerana ia boleh mengesan jenis penyakit yang dialami supaya rawatan yang sesuai dapat diberi kepada pesakit.
Apa Itu Ujian Pap Smear?
Ujian pap smear dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks. Tisu tersebut kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan yang berpotensi menjadi kanser.
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan jangkitan dan polip. Tidak perlu risau….prosedur pap smear ini begitu cepat, tidak sampai 5 minit pun. Ia juga tidaklah menyakitkan seperti yang selalu digambarkan. Cuma ada sedikit rasa tidak selesa.
Yang penting , tidak perlu ‘mengeraskan’ badan tetapi relaks dan tenang supaya memudahkan doktor melakukan pemeriksaan.
Apa yang perlu dilakukan sebelum Ujian Pap Smear?
¡ Ujian pap smear ini sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga hari ke-10 selepas hari pertama haid. Ia tidak boleh dilakukan ketika kedatangan haid.
¡ Elakkan penggunaan tampon.
¡ Tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dilakukan . Ini kerana akan menyebabkan keputusan ujian tidak akan tepat.
¡ Dalam tempoh sehari sebelum ujian, elakkan menggunakan ubat dalam faraj seperti krim vagina, ubat maajun, ubat anti fungal dan sebagainya.
¡ Jangan lakukan ‘duoche’ atau penggunaaan ‘spermicid’, perancang keluarga dan penggunaan ‘jelly lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan kerana bahan kimia yang terkandung di dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sample.
Bagaimana Ujian Pap Smear dilakukan?
- Anda diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan. Pastikan seluar dalam dibuka.
- Spekulum iaitu alat seperti mucung itik sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk memastikan ia terbuka.
- Kemudian doktor akan memasukkan spatula kayu untuk mengambil sampel sel dari servik.
- Seterusnya, sampel sel akan dihantar ke makmal untuk di periksa oleh ahli patologi
Berapa lama keputusan Ujian Pap Smear akan diketahui?
Kebiasaannya, keputusan akan diperolehi dalam tempoh seminggu. Namun ia juga bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut. Mungkin lewat 3 minggu atau 3 bulan.
Jika keputusan ujian pap smear ‘abnormal’, pihak klinik akan meminta anda melakukan ujian sekali lagi beserta dengan rundingan doktor. Keputusan ‘abnormal’ tersebut bukan bermakna anda didapati ada kanser servik tetapi ia menunjukkan anda perlu menjalankan pemeriksaan lanjutan.
Di mana boleh buat Ujian Pap Smear ini?
Hampir semua klinik boleh mengendalikan ujian Pap Smear ini. Terdapat banyak klinik dan doktor yang boleh dipilih mengikut keselesaan kita.
Ujian ini boleh dilakukan di semua klinik/hospital kerajaan dan swasta termasuk Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara) di seluruh negara.
Berapa pula kos yang perlu dibayar untuk buat Ujian Pap Smear?
Klinik kerajaan menawarkan kos yang sangat murah dan ada juga diberikan percuma. Manakala Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara) pula menawarkan dengan harga RM 20 bagi semua warganegara Malaysia.
Di klinik swasta pula harganya mungkin lebih tinggi sedikit iaitu diantara RM 40 hingga RM 80 bergantung pada tempat masing-masing.
Macamana nak rawat keputihan secara semulajadi ataupun cara yang paling senang ni?
Ada diantara kita tidak ada masa untuk mengamalkan petua-petua daripada nenek moyang kita. Bukannya tidak percaya tetapi kekangan masa memang akan membuatkan keadaan keputihan bertambah teruk dan serius.
Alfalfa Shaklee – RM 53.75 – 330 biji
- Kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat
- Herba yang sememangnya dapat membantu mengatasi dan merawat keputihan serta keseluruhan faraj
- Berfungsi seperti ‘kacip fatimah’ untuk membantu kesihatan dalaman wanita
- membantu melancarkan kitaran haid
- mengurangkan rasa gatal akibat jangkitan kulat dengan cepat
- menghilang bau busuk pada faraj
Garlic Shaklee – RM 47.50 – 60 biji
- Bertindak sebagai agen antikulat
- Ia juga adalah antibiotik semulajadi
- Di samping itu meningkatkan sistem imun badan
- Membantu menangani senggugut
- Mengimbangi tahap gula pesakit diabetes dan sekaligus mengurangkan keputihan
Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.
Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online
Tunggu Kejap!
PROMO BELI 1 PERCUMA 1 ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
Sah sehingga 31 March 2017
Mengapa mesti memilih Shaklee
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik
===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang
Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.
EMAIL : anashana155@gmail.com
P/S: Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, 3 daripada 4 wanita yang mengalami kanser servik ini adalah mereka yang mengabaikan ujian Pap Smear secara berkala. Jangan takut dan malu. Hanya untuk 5 minit sahaja.
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.