MAKAN Sedikit ,Perut Akan Mengecil Ke?
Benarkah jika kurangkan makan,perut akan mengecil? Mitos je ni…Menurut Dr Nitin Kumar, ahli gastroenterologi, ia sebenarnya tidak masuk akal. Memang benar,perut kita seumpama gelang getah yang boleh berubah saiz. Teringat masa zaman bujang dulu. Saya memang suka makan. Keluar dengan kawan-kawan saya lah banyak makan. Tapi ada kawan saya ni pun suka makan. Kami digelar ‘perut stokin’ kerana perut boleh masuk macam-macam.
Sifat perut yang elastik memudahkan kita makan dalam saiz hidangan yang besar. Ia bertujuan mengelakkan kelaparan jika berdepan saat kebuluran. Contohnya ketika manusia hidup pada zaman batu.
Bagaimana dikatakan perut mengecut?
Selepas makan dengan banyak,perut akan kembali semula ke saiz normal. Tetapi tidak akan menjadi lebih kecil. Walaupun kita makan dalam saiz hidangan yang sangat kecil. Jika kurang makan dikatakan cara untuk mengecutkan perut, bermakna saiz perut individu normal tentulah lebih kecil daripada individu yang lebih berat badan atau obes.
Namun, makan sedikit perut akan mengecil bukanlah fakta yang tepat. Ia berdasarkan penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Gastroenterology. Tanpa mengira berapa berat kita, saiz perut bagi setiap individu lebih kurang sama.
Tetapi, jika anda masih skeptikal, cuba bayangkan begini. Tubuh direka untuk mengambil cukup kalori bagi memastikan kesemua sistem berjalan dengan lancar, walaupun ketika makanan sukar diperolehi. Oleh itu, kita sepatutnya percaya, makan sedikit tidak akan mengecutkan perut.
Malah kita akan menjadi lebih lapar apabila mengurangkan pengambilan kalori. “Tubuh akan mula berfikir bahawa kita berdepan dengan kebuluran. Jadi tubuh akan menghasilkan tindak balas fisiologi dan hormon untuk mengembalikan tubuh ke berat badan normal,” kata Dr. Kumar.
“Sistem tubuh kita akan dibanjiri dengan hormon lapar iaitu hormon ghrelin. Apa itu hormon ghrelin? Ia akan menjadikan kita lebih sukar untuk menolak makanan. Pada masa yang sama, suhu dan kadar metabolisme tubuh akan menjadi lebih rendah untuk terus menyimpan tenaga.”
Inilah cara sains menerangkan,”mengurangkan saiz hidangan secara drastik bukan saja TIDAK akan mengecutkan perut tetapi boleh menjadi sebaliknya. Jika anda berupaya menurunkan berat badan,kemungkinan besar ia akan naik kembali,” kata Dr Kumar lagi.
Tidak Mustahil Berat Badan Turun
Ini bukan bermakna mustahil untuk menurunkan berat badan. Tetapi jika ingin berjaya, kita harus mengurangkan makanan secara perlahan-lahan. Jadi, tubuh tidak terkejut dan berfikir tiada lagi makanan selepas ini.
Ini bermakna daripada kita menjalani crash diet, lebih baik cuba kurangkan 100-200 kalori setiap hari. Ia membantu menurunkan berat badan dengan perlahan serta mengekalkannya tanpa tubuh berfikir yang kita sedang dalam kelaparan.
Eh! Bagaimana dengan kisah perut buncit? KLIK SINI