Senaman Paling Mudah.

TAK perlu risau, Apa yang perlu kita lakukan hanya ‘mencari’ sedikit bakat kreatif dalam melakukan senaman. Bersenam tidak bermakna perlu berlari sehingga 5 km sehari. Terdapat pelbagai jenis senaman paling mudah yang boleh dilakukan.

Bagaimana nak tentukan senaman itu mudah? Kiraan mudahnya begini, pilih tangga bukan lif. Dan apa salahnya pakir kereta jauh sedikit dari pejabat. dapat juga berjalan dua tiga langkah sebelum tiba muka pintu pejabat.

Kelebihan Berjalan Kaki

Banyak sebenarnya kelebihan berjalan kaki. Selain dapat menyihatkan tubuh,ia juga dapat membantu seseorang itu untuk seimbangkan hormon dalam badan.

Hanya perlu sarungkan kasut dan mulakan langkah! Aktiviti berjalan tidak memerlukan kita untuk mempunyai peralatan-peralatan mahal dan membebankan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Walking for Health United Kingdom,hanya empat peratus orang di seluruh dunia memerlukan bantuan untuk berjalan di luar rumah atau langsung tidak boleh melakukannya. Bagi yang lain ia merupakan senaman paling mudah.

Saya Sangat Sibuk. Bagaimana Nak Luangkan Masa Untuk Berjalan Kaki?

Jika anda terlalu sibuk, ada beberapa tip untuk membolehkan kita mencuri sedikit masa untuk berjalan.

#1 Bangun Awal!. Mulai esok, cuba bangun 30 minit lebih awal daripada selalu kita bangun. Gunakan masa ini untuk berjalan di sekeliling kawasan rumah atau di atas treadmill.

2# Kemas Rumah! Cuci dan sental bilik air, mop lantai, basuh pinggan.Pendek kata lakukan apa sahaja kerja rumah yang membantu kita bergerak.

3# Berkebun membakar 300 kalori sejam dan ia adalah salah satu cara untuk membina stamina. Jadi jika anda ada ruang kecil untuk berkebun di belakang rumah, apa salahnya!

senaman paling mudah

4# Hilangkan stres dengan berjalan! Bersenam sebelum makan malam juga mampu mengurangkan selera makan sekaligus mengurangkan pengambilan kalori dalam hari tersebut.

5# Bersenam ketika menonton televisyen! Jangan hanya duduk diam.Apa salah jika kita melakukan senaman ringan atau angkat sahaja dumbell itu.

6# Family time! Biasanya masa untuk bersama keluarga dihabiskan dengan menonton wayang atau makan bersama-sama. Apa kata kita pelbagai sedikit dengan menjadikan berjalan di taman sebagai rutin baru bersama keluarga.

senaman paling mudah

7# Guna tangga! Buat pilihan dengan menggunakan tangga dan bukannya lif.

8# Take 5! Apakata ‘masa kopi’  anda dipendekkan dan kemudiannya sambung ke ‘masa berjalan’. Luangkan 10 minit daripada 15 minit masa minum anda dengan berjalan di sekeliling kawasan tempat kerja.

Tidak dinafikan,ramai individu pada masa kini tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersenam. Tuntutan kerjaya dan tugas-tugas hakiki yang lain menjadi penghalang buat mereka untuk membuang toksin yang terkumpul di dalam badan.

Detoks Untuk Hidup Hebat ~ Manfaat Detoks Perlu Kita Tahu

Makanan Yang Menyokong Proses Detoks

 

kaki rasa seperti terbakar

 

 

Comments

comments