Siapa Perlukan Lebih Protein?.

Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel
kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh kiata sangat memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian kita bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal. Siapa perlukan lebih protein?

Adakah anda salah seorang daripada mereka ini? Siapa perlukan lebih protein?

BINA BADAN
siapa perlukan lebih protein?Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Membina semula dan memperbaiki otot.
• Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

TIP:
Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman atau makanan berprotein sebelum dan selepas bersenam

 

PERTENGAHAN USIA

siapa perlukan lebih protein?

Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

TIP:
Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi.

BAKAL IBU
siapa perlukan lebih protein?

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk:
• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
• Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

 

IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

siapa perlukan lebih protein?
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk:
• Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
• Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.

 

 

MENJAGA BERAT BADAN

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan sesorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
• Membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya.
• Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme

 

PENGGEMAR MANISAN

Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi
fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk:
• Menstabilkan paras gula dalam darah.
• Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin

 

Bagaimana Untuk Meningkatkan Pengambilan Protein?

Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk meningkatkan pengambilan protein adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda juga boleh gabungkannya dengan buah kegemaran untuk sarapan yang lebih sihat.

Bagaimana Untuk Meningkatkan Pengambilan Protein?

Nantikan artikel seterusnya dimana kami akan membantu anda memilih serbuk protein yang terbaik!

 

Comments

comments