Strok, Adakah Anda Berisiko?
MENURUT Persatuan Jantung Amerika, strok berada di tangga kelima penyebab kematian lelaki. Adakah hanya golongan tua sahaja yang berisiko? Jika anda katakan ya, sebenarnya anda salah.
Satu daripada 14 mangsa strok terdiri daripada mereka yang berusia bawah 45 tahun!
1. Periksa tekanan darah.
Menurut Walter Kernan, Professor Perubatan dari Universiti Yale, setiap peningkatan 20 mata dalam sistolik tekanan darah atau setiap peningkatan 10 mata diastolik akan menggandakan risiko kematian akibat strok.
2. Perokok
Menurut Persatuan Jantung Amerika, seorang daripada empat mangsa strok adalah perokok. Nikotin dan pelbagai toksin yang disedut membuatkan arteri lebih terdedah dengan pembekuan darah. Jika anda berhenti merokok, ia akan mengurangkan risiko hanya selepas satu tahun bila anda lakukannya.
3.Cuba berdiri tegak dan lihat ke bawah. Apa yang anda nampak?
Adakah keseluruhan kedua-dua kaki? atau separuh daripada kedua-dua kaki? Atau perut?!
Dalam satu kajian, lelaki dengan garis pinggang yang berkembang sehingga 93 peratus daripada lilitan pinggul, mereka berisiko sehingga tiga kali untuk mendapat strok berbanding lelaki langsing. Nisbah pinggang kepada pinggul yang ideal ialah 0.70 ke 0.89. Bagaimana nak kempiskan perut buncit?
4. Mengawal tahap intensiti aktiviti
Dengan hanya 30 minit pergerakan berintensiti sederhana setiap hari, ia dapat mengurangkan tekanan darah dan keradangan. Di samping itu, dapat membantu meningkatkan kecekapan insulin dan kawalan gula dalam darah.
5. Keturunan
Menurut penyelidik British, strok di dalam kalangan ahli keluarga terdekat membuatkan kita mempunyai dua kali ganda risiko menghidapinya sebelum mencapai umur persaraan.
Pemeriksaan Kesihatan Sangat Penting
Walaupun anda tidak terlalu berisiko, namun begitu jika masih mengamalkan tabiat yang tidak sihat, tidak mustahil akan diserang strok pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, rajinkan diri untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ya!
Strok bukan sahaja berlaku secara tiba-tiba, tetapi ia sebenarnya sudah lama mengekori anda sejak bertahun-tahun.
P/S: Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ini adalah nasihat yang seringkali diberi oleh mana-mana doktor sekali pun. Pemeriksaan berkala mampu mengurangkan risiko dan mampu mengesan penyakit pada peringkat yang lebih awal.