Masyarakat dilihat seperti lebih terbuka untuk membicarakan tentang ketidaksuburan. Dalam era siber dan internet semua informasi berada di hujung jari. Tidak lagi menggunakan perkataan ‘mandul’ di mana menjadi satu igauan dan trauma kepada pasangan, masyarakat kini lebih peka dengan penggunaan istilah seperti ‘infertiliti’ atau ‘ketidaksuburan’.
Definisi Infertiliti oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah penyakit sistem pembiakan yang ditakrifkan sebagai kegagalan untuk mencapai kehamilan klinikal selepas 12 bulan atau lebih menjalinkan hubungan intim.
Infertiliti boleh dikategorikan kepada:
Infertiliti Primer – Wanita yang tidak pernah mengandung disebabkan ketidakmampuan untuk menjadi hamil.
Infertiliti Sekunder – Wanita yang pernah mengandung, sama ada kandungan itu berjaya sampai kelahiran bayi atau pun mengandung tetapi mengalami keguguran, kandungan luar rahim atau kandungan molar.
Bilakah saya perlu berjumpa doktor?
Walaupun pusat-pusat reproduktif atau infertiliti menerima kunjungan dan rujukan yang maksima setiap hari, tetapi masih terdapat segenlintir pasangan yang keliru dan malu serta sering tertanya-tanya, suburkah aku? adakah kami bermasalah?.
Golongan inilah yang selalunya terpinggir dan hanya tampil mendapatkan rawatan apabila tempoh perkahwinan sudah agak lama iaitu lebih dari dua tahun. Berdasarkan kajian saintifik, semakin lama tempoh infertiliti, semakin sukar bagi pasangan tersebut untuk mendpatkan anak.
“Bagi wanita yang berusia kurang daripada 35 tahun, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar apabila usia perkahwinan telah mencecah 1 tahun. Manakala pasangan yang berusia 35 hingga 39 tahun, mereka perlu bertemu dengan pakar kesuburan seawal 6 bulan setelah berkahwin dan terus mendapatkan rawatan. Bagi wanita berusia 40 ke atas, rawatan kesuburan perlu dimulakan seawal mungkin kerana mengambil faktor usia wanita di mana simpanan ovari ( ovarian reserve) semakin menurun dengan peningkatan usia,” ujar Dr Maiza Tusimin Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Falkuti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bolehkah saya tahu tahap kesuburan saya tanpa berjumpa doktor?
Tahap kesuburan setiap wanita adalah berbeza-beza. Ada setengah wanita mengalami senggugut (dysmenorrhea), masalah haid tidak teratur (oligomenorrhea) atau haid yang banyak (menorrhagia), masalah sakit ketika melakukan hubungan intim (dyspareunia) dan ada juga yang tidak mempunyai apa-apa simptom langsung.
Harus diingatkan juga, ‘it takes two to tango!’, dimana suami juga mungkin menjadi penyumbang kepada faktor ketidaksuburan. Tahap kesuburan lelaki tidak dapat diukur hanya dengan kebolehan untuk melakukan hubungan intim dan eraksi!
Apakah yang akan ditanya oleh doktor?
Dalam membantu pasangan yang mengalami maslah ketidaksuburan, antara perkara yang penting yang akan doktor tanya ialah mengenai kitaran haid. Lazimnya kitaran haid wanita adalah di antara 28 – 30 hari.
Mengikut definisi klinikal kitaran haid yang normal boleh menjadi paling pendek 21 hari atau paling panjang 35 hari. Kitaran yang keluar daripada definisi ini dianggap tidak normal. Dengan kecanggihan telefon pintar masa kini yang dilengkapi dengan aplikasi mudah seperti ‘my calendar’ dapat membantu wanita memantau kitaran haid.
Keputusan untuk bertumu doktor dan mendapatkan rawatan kesuburan adalah satu keputusan yang besar bagi segelintir pasangan. Ini adalah kerana mereka akan terpaksa berkongsi dengan doktor mengenai masalah yang melibatkan kehidupan privasi mereka. Dengan itu, pilihlah doktor yang anda rasa menyenangkan, professional dan mudah diajak berbincang kerana faktor-faktor ini sangat penting yang menentukan hala tuju untuk dapatkan zuriat.
Prenatal Set
Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.*
OmegaGuardTM
Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.*
Vita-Lea® Iron Formula
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.*
B-Complex
Membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. Pengambilan asid folik yang mencukupi telah terbukti dapat mengurangkan risiko wanita daripada melahirkan bayi yang mengalami kecacatan otak atau saraf tunjang.
OsteMatrix®
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembinatulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein.
Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian yang hebat ini. Saya doakan kesihatan yang baik untuk anda sekeluarga.
Jika anda ingin manfaat yang maksimum, hanya 1 klik sahaja.
Panduan Beli Produk Shaklee Secara Online
(KLIK GAMBAR DIATAS)
Macamana Nak Beli Produk Shaklee Murah?
Ingin dapatkan diskaun harga 15% – 33%?. Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee. Nikmati pembelian yang menjimatkan!!
Langkah – Langkah Mudah Cara Daftar Ahli Shaklee (KLIK)
Mengapa mesti memilih Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
===========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke
013 3913325
COD Shaklee Subang Bestari, COD Shaklee Kg Melayu Subang, COD Shaklee Bukit Subang, COD Shaklee Denai Alam, COD Shaklee Bukit Jelutong, COD Shaklee Seksyen U5 Shah Alam,COD Shaklee Subang Perdana, COD Shaklee Subang Permai, COD TUDM Subang.
Perkhidmatan Pos Ke Seluruh Malaysia. Penghantaran akan melalui terus dari Shaklee dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat GDEX.
EMAIL : anashana155@gmail.com
P/S: Diet sihat membantu janin membesar dengan lebih sihat selain menyokong perkembangan mental, kognitif serta penglihatan bayi.
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnos apa jua jenis penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar yang bertauliah terlebih dahulu.