Amat sukar sekali untuk memotong rambut bayi yang nipis dengan kulit kepala yang lembut. Pasti akan menggerunkan ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata pertama. Jadi, pastikan memotong rambut semasa bati dalam keadaan baik dan tidak meragam.
Rambut bayi perlu dibasahkan sebelum mula menggunting. Mudah untuk menggunting rambut bayi yang nipis itu. 

 

Panduan menggunting rambut bayi.

1. Posisi selesa
Riba bayi atau baringkan bayi di ruang katil yang selesa. Suhu bilik tidak terlalu panas, lampin kering dan bayi dalam mood yang baik. Bayi juga perlu dalam keadaan kenyang dengan diberi susu supaya tidak meragam. Ini adalah masa yang sesuai untuk menggunting rambut bayi.
 
2. Basahkan rambut
Sambil berbual-bual dengan bayi untuk memberi mood selesa, gunakan pemyembur air untuk membasahkan rambut bayi di sekitar rambut yang akan dipotong. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelak daripada air masuk mata bayi.

3. Sikat rambut
Jika rambut bayi jenis lebat, rambut yang telah dibasahkan disikat secara kemas. Ia akan memudahkan kita memotong rambut bayi tanpa mencederakannya. Semasa sikat rambut, lebihkan sikat pada bahagian rambut yang akan dipotong supaya tidak terkena pada mata.

4. Rambut bahagian hadapan
Rambut pada bahagian hadapan sudah panjang menutupi mata bayi. Keadaan ini merimaskan bayi sehingga terkena bahagian mata bayi semasa menggerakkan kepalanya. Untuk mengguntingnya guna sikat untuk menaikkan sedikit rambut pada bahagian atas dahi kemudian baru mula menggunting.
 
 

Comments

comments