Tip Rumah Sihat.

Tidakkah kita sedari sesuatu yang dicipta untuk memperbaiki dan menyegarkan kualiti udara dengan jadikannya berbau lebih harum sebenarnya, akan menjadikan kualiti udara dalam rumah lebih bertoksik.

Banyak kajian menunujukkan bahawa penggunaan penyegar rumah boleh menjadi punca kepada asma dan alahan serta pelbagai masalah pernafasan yang lain. ia bukan sahaja merbahaya kepada manusia malah kepada haiwan perliharaan dan mereka yang mempunyai masalah paru-paru seperti asma dan alahan.

Bagaimana Nak Dapatkan Penyegar Rumah Yang Lebih Segar? Tip Rumah Sihat

  • Buka tingkap. Semua kediaman boleh mendapat manfaat daripada pengaliran udara yang baik. Tidak perlu buka lama. Cukup hanya buka tingkap di semua sisi rumah untuk mendapatkan peredaran udara yang sempurna dalam rumah.
  • Gunakan rempah ratus. Caranya mudah, hanya rebuskan beberapa jenis rempah terpilih sehingga mendidih dan jangan tutup periuk. Bau harum akan tersebar ke seluruh kediaman kita.
  • Penyerap bau. Gunakan penyerap bau ‘neutral’ seperti letakkan sekotak serbuk penaik di kawasan berbau atau hanya taburkan sedikit di kawasan tersebut untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Contohnya di tong sampah
  • Cuka juga boleh membantu menghilangkan bau-bauan yang tidak enak. Hanya semburkan sedikit di tempat berkenaan dan lap dengan air suam.
  • Buat potpourri sendiri daripada herba, bunga dan rempah dan biarkan dalam mangkuk atau bekas kecil.
  • Rendam bebola kapas di dalam vanila dan letakkan di dalam mangkuk di kawasan yang diinginkan.
  • Berikut ialah senarai tumbuhan yang mampu membersihkan udara di dalam rumah Aloe Vera, Janet-Craig, Snake Plant, Gerbera Daisy, Bamboo atau Reed Palm, Golden Pothos, Peace Lily dan Spider Plant.

 

tip rumah sihat

Peace Lily

Tip Rumah Sihat

  1. Kulat di bilik mandi membebaskan spora yang menjadi punca masalah pernafasan, alergi dan asma.
  2. Di United Kingdom dianggarkan 81% berisko untuk mengalami masalah pernafasan atau masalah kulit disebabkan oleh kualiti udara yang buruk di dalam kediaman mereka.
  3. Permaidani di dalam rumah mungkin menjadi tempat untuk debu, kulat dan pelbagai mikroorganisma lain yang merbahaya kepada paru-paru. Ini boleh tercetus masalah asma dan menyebabkan alahan kepada sesetengah individu.
  4. Cat dinding mampu membebaskan Vlatile Organic Compoun (VOC) yang boleh memberikan pelbagai kesan terhadap kesihatan jika dihidu dalam jangka masa panjang.tip rumah sihat
  5. Pastikan cat dinding sudah kering sepenuhnya sebelum menggunakan bilik atau ruangan tersebut.
  6. Pastikan menjemur pakaian diluar rumah. Jika keadaan tidak mengizinkan dan terpaksa menyidai pakaian di dalam rumah, pastikan tingkap dibuka luas.
  7. Tanggalkan kasut sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah supaya kotoran seperti debu, habuk dan pasir dari luar tidak tersebut ke dalam rumah.

7 Sebab Untuk Jatuh Cinta Dengan Produk Get Clean ® Shaklee. (klik)

 

Comments

comments