1. Pilih Barangan ‘DoubleDuty” atau Ada Dua Fungsi

Sebagai contoh,pisang kaya dengan serat dan mengandungi kalium. Begitu juga dengan kekacang. Selain terdiri daripada pelbagai jenis, ia juga merupakan sumber serat dan protein yang murah. Bagi menguruskan badan, kita perlu bijak memilih makanan yang mempunyai pelbagai sumber khasiat dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

 
2. Makan Buah-Buahan Yang Tidak Bermusim
 
Kita masih mempunyai pilihan untuk mengambil buah-buahan yang boleh didapati sepanjang tahun seperti pisang, betik, jambu batu, nanas dan juda tembikai. Selain kaya dengan nutrisi dan boleh memenuhi keperluan yang diperlukan oleh tubuh, ia juga murah dan mudah didapati di kebanyakkan kedai dan gerai.
 
3. Pelbagaikan Makanan
 
Seimbangkan diantara mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan pastikan juga paras kalori yang kita ambil adalah rendah. Contoh sumber kalium yang murah ialah kentang. Kita perlu mengambil 11 hidangan sehari bagi penuhi keperluan tubuh.
 
 
 
PENYELESAIANNYA? Ambillah juga sebiji pisang, susu, kekacang dan bijirin bagi setiap hidangan kentang yang kita makan. Tidak mungkin kita mendapat sehingga 4,700 miligram yang diperlukan tapi kita masih berada di tahap yang betul.
 
 

Comments

comments